Adik Shafie Apdal direman lima hari

KOTA KINABALU 11 Okt. – Hamid Apdal direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan penyelewengan dana kebajikan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd. Faliq Basiruddin.

Semasa prosiding, Hamid, 52, yang juga adik Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal diwakili peguam Martin Tommy.

Loading...
Back to top