Ahli Perniagaan direman

KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan berusia 33 tahun direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan dana awam di Sabah.

Dia ialah menantu kepada Hamid Apdal, seorang daripada individu disiasat berhubung kes berkenaan yang juga adik Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Majistret Afieq Agoes membenarkan tahanan reman lima hari terhadap lelaki terbabit di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Ahli perniagaan itu ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jam 5.15 petang semalam.

Setakat ini, lapan individu ditahan berhubung siasatan kes terbabit, termasuk empat ahli politik dan seorang penjawat awam.

Bagaimanapun, dua daripada mereka termasuk Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM. – Berita Harian

Loading...
Back to top