Cubaan bakar Pejabat DAP Penampang disiasat

Mancis dan sampul surat yang ditemui. (Gambar Kanan) Jannie dan Addy membuat laporan polis

KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat cubaan bakar pejabat DAP Penampang kata Ketua Wanita DAP Sabah, Jannie Lasimbang di sini hari ini.

Menurut sumber, ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 tengahari itu, terdapat seorang pengawal keselamatan di premis berkenaan yang terletak di Donggongon.

Ketua Wanita DAP Sabah, Jannie Lasimbang berkata, ketika kejadian, beliau tiada di pejabat tetapi ada seorang pengawal keselamatan yang mengesan kejadian ini.

“Saya syaki mereka yang melakukan ini berniat jahat. Jadi, kami membuat laporan polis di Balai Polis Penampang petang tadi,” katanya.

Pengawal keselamatan itu segera memeriksa premis berkenaan selepas terhidu bau benda terbakar.

“Saya nampak sampul terbakar itu dan sekotak mancis yang diselit di bawah pintu utama pejabat,” kata pengawal keselamatan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Penampang, DSP Rosley Hobden mengesahkan laporan itu dan berkata mereka akan menyiasat perkara berkenaan.

Loading...
Back to top