Guru Tadika Bebas dan lepas Tuduhan Dera Kanak-Kanak

SUSISUSANTI berterima kasih dengan Abdul Gani selepas majistretmemutuskandiadibebasdandilepaskandaripada tuduhan menganiaya dan menyebabkan kecederaan fizikal seorang kanak-kanak perempuan.

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini, Selasa, membebaskan dan melepaskan seorang guru tadika daripada pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Majistret Muhammad Faizal Che Saad membuat keputusan itu terhadap Susisusanti Hassan, 28, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie yang mewajarkan tertuduh dipanggil membela diri.

Terdahulu, Susisusanti didakwa menganiaya dan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di Tadika ABS Al-Madani Taman Homeluck di sini, antara jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Dalam penghakimannya, majistret berpendapat kecederaan pada kemaluan mangsa berkemungkinan akibat terjatuh dari tangga tadika sebelum dia bertemu tertuduh untuk dimandikan.

Malah, kegagalan memanggil rakan mangsa yang didakwa ada bersama-sama ketika kejadian itu dikatakan berlaku, menyebabkan wujud ‘lompang’ dalam keterangan kes pendakwaan.

Perbicaraan kes itu bermula pada 28 November 2016 dengan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Safarizal Zakaria yang memanggil sembilan saksi.

Manakala tertuduh pula diwakili peguambela Abdul Gani Zelika.

Tahun lepas, kes terbabit mendapat liputan meluas media massa berikutan dakwaan ibu mangsa yang mengatakan kemaluan anaknya dicucuk dengan jari telunjuk oleh guru perempuan itu gara-gara terkencing dalam seluar.

Loading...
Back to top