Hamid Apdal pula dipanggil SPRM

KOTA KINABALU 10 Okt. -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Hamid Apdal iaitu adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bagi membantu siasatan penyelewengan dana yang dijalankan pihak berkuasa itu.

Menurut sumber, Hamid tiba di pejabat SPRM Sabah pagi ini bersama beberapa rakan bagi memberi keterangan berhubung dana RM179 juta yang telah dibekukan setakat ini kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan RM1.5 bilion peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diseleweng antara 2009 hingga 2015.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

“SPRM cuma ambil keterangan. Belum diketahui sama ada beliau akan ditangkap atau tidak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Loading...
Back to top