Kawasan pencarian remaja hanyut diluaskan 7KM

ARUS deras di jambatan di Sungai Liawan, Keningau. – Foto Ihsan Bomba

KENINGAU: Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja tempatan dipercayai hanyut ketika cuba menyeberangi Sungai Pegalan di sini sejak Isnin diperluaskan kepada 7km dari tempat kejadian.

Penolong Kanan II Pasukan Bomba dan Penyelamat Keningau Raizaain Ag Damit berkata operasi yang memasuki hari kedua itu masih menemui jalan buntu.

Mangsa Mohd Hazmi Zihni Jubik, 18, dilaporkan meninggalkan rumah di Taman Golf View Keningau kira-kira 2 petang Ahad (15 Okt) dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Kenari berwarna biru untuk bertemu rakannya di Kampung Lingkudau.

 

ANGGOTA bomba memeriksa kereta Perodua Kenari dipercayai dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun yang dihanyutkan arus di Sungai Liawan berhampiran Kampung Dangulad, Keningau. – Foto Ihsan Bomba

Pada keesokan harinya (Isnin), kenderaan itu dijumpai oleh orang awam terdampar kira-kira 150m dari laluan jambatan konkrit Kampung Dangulad.

Ketua Polis Keningau DSP Ahmad Jawila berkata pada malam itu paras air di laluan jambatan konkrit tinggi dan deras serta tidak boleh dilalui kenderaan.

Sepasukan penyelamat dengan kekuatan 18 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Keningau terlibat dalam operasi itu, dibantu enam pegawai dan anggota polis Keningau serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) selain orang awam.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan Datuk Sairin Karno turut merakamkan simpati kepada anggota keluarga mangsa. – Bernama

[insert_posts query_type=”posts” posts=”28107″]

Loading...
Back to top