Seleweng dana KKLW, RM29 Juta lagi disita SPRM

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyita RM29 juta lagi berhubung kes penyelewengan dana oleh sebuah kementerian di Sabah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad membuat pendedahan itu dalam ucapannya sempena Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan kali ke-9 di sini hari ini.

zulkifli nordin

“Semalam kami telah menyita lebih RM150 juta dalam akaun bank, dalam kes penyelewengan terbaru di Sabah dan saya baru sahaja diberitahu tadi, RM29 juta lagi dibekukan hari ini,” katanya.

Semalam, lebih RM150 juta wang tunai dirampas dalam operasi yang dijalankan oleh pegawai penyiasat di 15 lokasi di Sabah.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana RM100 juta untuk penganjuran program kebajikan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya bersedia menyerahkan segala maklumat yang diperlukan SPRM berhubung siasatan kes berkenaan.

“Saya difahamkan, ia membabitkan kes lama, bagaimanapun, walaupun ia kes lama, tetapi mungkin fail berkaitan ada di kementerian ini.

Jika SPRM memerlukan fail atau lain-lain perkara kita akan serahkan.

“Apa saja yang diperlukan SPRM kita akan serahkan,” katanya pada sidang media ketika ditemui di sini, hari ini.

Loading...
Back to top