Ketua Wira Warisan Hadir Dipanggil SPRM

KOTA KINABALU 9 Okt. – Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohd. Azis Jamman hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sulaman di sini pagi ini.

Beliau yang tiba pada pukul 10.20 pagi bersama ahli keluarganya akan diambil keterangan bagi membantu siasatan SPRM terhadap penyelewengan dana kebajikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion antara tahun 2009 hingga 2015.

Turut hadir di pekarangan pejabat SPRM ialah beberapa penyokong parti Warisan.

Pada 5 Oktober, SPRM menahan Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony dan seorang ahli perniagaan di pejabat SPRM Sabah selepas kedua-dua mereka memberi kenyataan.

Seorang lagi bekas timbalan setiausaha Bahagian di Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar telah ditahan pada hari yang sama di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Ketiga-tiga mereka telah ditahan reman sehingga 10 Okt.

Berita Berkaitan:

Loading...
Back to top