Mangsa Banjir Kota Belud Bertambah

LALUAN di Jalan Kota Belud-Kota Marudu Bypass sesak selepas dinaiki air

MANGSA banjir di Kota Belud meningkat kepada 144 orang sehingga 9 pagi, hari ini daripada 109 orang, 6 petang semalam.

Mangsa terdiri daripada 50 dewasa, 17 warga emas, 68 kanak-kanak dan sembilan bayi dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud.

Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud berkata, mangsa membabitkan 50 keluarga dari sembilan kampung.

“Kampung terbabit adalah Kampung Donggoi, Kampung Marajah, Kampung Gunding, Kampung Sadok-Sadok, Kampung Lebak Moyoh,Kampung Suang Punggur, Kampung Linau, Kampung Lingkodon dan Kampung Sembirai,” katanya.

Banjir di Jalan BYPASS Kota Belud
Loading...
Back to top