Perhimpunan Solidariti Warisan, Lima Individu dipanggil Polis

KOTA KINABALU: Lima individu dipanggil untuk memberikan keterangan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kesemua individu terbabit dipanggil berikutan terlibat dalam perhimpunan solidariti yang dianjurkan penyokong parti Warisan di Suria Sabah dan Mahkamah Kota Kinabalu.

Tambahnya tindakan itu turut diambil berikutan pihak penganjur tiada memberikan sebarang notis pemberitahuan serta kebenaran kepada pihak polis sebelum perhimpunan dilakukan.

Katanya anggota polis terutamanya pasukan Light Strike Force (LSF) kini turut disiapkan untuk berada di kawasan wujudnya perhimpunan bagi memastikan ketenteraman serta keamanan terus terpelihara.

“Kita menyediakan anggota di lokasi bukan sahaja untuk mengawal keadaan persekitaran serta lalu lintas untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

“Setakat ini kesemua perhimpunan yang dilakukan oleh pihak terbabit masih terkawal bagaimanapun sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas serta merta,” katanya.

Loading...
Back to top