Projek loji air Semporna pun pencapaian cemerlang Shafie?

Shafie menteri cemerlang ketika menerajui KKLW

Bekas Menteri Kemajuan luar bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight menyatakan prestasi KKLW setiap tahun bukan saja mencapai sasaran malah melampaui jangkaan, daripada segi jumlah dan nilai projek yang dilaksanakan.

Setiausaha agung Parti Warisan Sabah, Loretto Padua dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah portal atas talian turut memuji ketuanya Presiden Parti Warisan itu.

“Shafie telah mencapai prestasi cemerlang ketika beliau berkhidmat sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sehingga mendapat kepujian dari Pemandu – sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. “Shafie berjaya menjadikan KKLW sebagai sebuah kementerian cekap dalam usaha mempercepatkan kadar pembangunan di kawasan luar bandar sebanyak tujuh kali ganda,” katanya.

Padua berkata sebagai menteri persekutuan hanya Shafie sahaja yang menjelaskan secara terperinci apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kementeriannya melalui terbitan “The Rural News” yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan.

[insert_posts query_type=”posts” posts=”27964″ num=”1″ display_style=”list-small”]

Betulkah Projek loji rawatan air Sungai Intan di Semporna ini diuruskan secara cekap ?

Tweet Ahli Parlimen Semporna sejak 2015 namun sehingga hari ini loji air ini tidak boleh digunakan

Siap dibina pada 2015, loji rawatan air Sungai Intan di Semporna kawasan yang diwakili Shafie masih tidak dapat membekalkan air bersih kepada penduduk sekitarnya.

Artikel Berita harian bertarikh 8 Oktober 2017 bertajuk Loji Air Semporna antara disiasat SPRM menyatakan projek berkenaan yang dibina di lokasi yang tidak sesuai hingga terbiar tanpa memberi apa-apa faedah kepada rakyat selepas disiapkan antara yang dikesan dalam siasatan berhubung penyelewengan dana awam luar bandar di Sabah.

Projek pembinaan sebuah loji air bernilai RM45 juta di Semporna itu tidak dapat berfungsi disebabkan sungai cetek yang mengakibatkan sumber air tidak mencukupi.

Difahamkan, struktur loji itu dibina dua kali selepas yang asal dirobohkan apabila didapati tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan projek berkenaan adalah antara yang mendapat perhatian agensi itu dalam siasatan penyelewengan dana awam luar bandar bernilai kira-kira RM1.5 bilion di negeri ini antara tahun 2010 hingga 2016.

SPRM lawat loji rawatan air Sungai Intan

Difahamkan hari ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad tiba di loji bekalan air Kampung Sungai Intan Semporna kira-kira pukul 11:50 pagi tadi bagi meninjau keadaan infrastruktur di kawasan berkenaan.

[box style=”3″]

DZULKIFLI AHMAD menunjukkan isyarat tidak bagus selepas melakukan tinjauan di loji bekalan air Sungai Intan di sini hari ini.

[/box]

[insert_posts query_type=”posts” posts=”27928″ num=”1″ display_style=”list-big”]

Berita Berkaitan :

Loading...
Back to top