Reman Hamid Apdal dilanjutkan

KOTA KINABALU: Perintah tahanan reman adik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah, disambung lima hari lagi.

Ahli perniagaan, Hamid Apdal, 52, sebelum ini direman lima hari sejak Selasa lalu selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015.

Bagaimanapun Hamid dibenarkan untuk dirujuk ke Hospital KPJ Damai bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Afieq Agoes di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Pada prosiding itu, SPRM diwakili Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip, manakala Hamid diwakili barisan peguam Martin Tommy, Hamid Ismail, Cedric Choo, Loretto Padua Jr, Darell Leiking dan Jamil Hamzah.

Loading...
Back to top