Ribut Khanun di Filipina Punca angin kencang di Sabah

Ribut tropika, Khanun yang melanda kawasan kira-kira 342 kilometer (km) ke Barat Laut Luzon, Filipina menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Jabatan Meteorologi (Met Malaysia), dalam satu kenyataan, pagi ini, berkata kawasan yang dijangka terjejas akibat ribut berkenaan iaitu, kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan WP Labuan.

“Masa pencerapan pada jam 8 pagi ini menunjukkan pergerakan ribut Khanun adalah ke arah Barat Laut Luzon, Filipina dengan kelajuan perlahan.

“Jarak dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,121km ke Timur Laut Kudat, Sabah,” katanya.

Sementara itu, Met Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama sehingga Selasa ini, di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan dan Palawan.

Jangkaan angin kencang dan laut bergelora itu termasuk kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) , Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat).

[insert_posts query_type=”posts” posts=”28054″]

Loading...
Back to top