Seleweng Dana: Empat lagi dijangka bebas hari ini

Bekas timbalan setiausaha bahagian KKLW

Empat individu iaitu Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman; Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim dijangka dibebaskan hari ini selepas tempoh sambungan reman selama tiga hari sejak semalam berakhir, untuk membantu siasatan itu.

Turut dijangka dibebaskan ialah bekas timbalan setiausaha bahagian KKLW yang ditahan di Putrajaya pada 6 Oktober lalu selepas tempoh sambungan reman enam hari berakhir hari ini.

Setakat ini, dua masih ditahan reman bagi membantu siasatan itu ialah adik Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Hamid Apdal dan menantunya yang juga seorang ahli perniagaan berumur 33 tahun.

Sementara itu dalam perkembangan lain SPRM Sabah telah memanggil seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, ahli peniagaan berkenaan dikatakan mempunyai sekurangnya-kurangnya tujuh syarikat di bawah kawalannya, termasuk miliknya sendiri, yang mendapat kontrak daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain tujuh syarikat berkenaan, ahli perniagaan itu juga ada meminjam lesen daripada rakan-rakannya dengan membayar ‘involvement fee’ sebanyak RM30,000 bagi setiap lesen.

“Tujuan peminjaman lesen adalah memenuhi tuntutan syarat kelayakan tender terhad iaitu 10 syarikat bagi satu projek yang dipohon,” menurut sumber berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan individu tersebut telah dipanggil untuk diambil keterangan tetapi enggan mengulas lanjut.

Loading...
Back to top