Sembunyi Syabu lebih 1 kg dalam batang nibong

KOTA KINABALU: Polis menahan dua wanita selepas menemui satu kilogram syabu bernilai RM70,000 yang tersembunyi di dalam batang pokok nibong yang digunakan sebagai tiang rumah di Pulau Gaya.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, ini adalah tangkapan paling besar pihaknya tahun ini.

Serbuan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Kampung Pondoh, pulau itu menjumpai dadah yang disimpan didalam tiga batang pokok nibung.

“Pokok nibung dipacakkan dari dasar laut hingga ke lantai rumah berkenaan, yang kelihatan seolah-olah tiang rumah.

“Bahagian hujung pokok nibung yang disambung ke lantai rumah di perkampungan atas air itu, membuka satu ruang kosong,” katanya.

Dua suspek wanita masing-masing berusia 36 dan 26 tahun yang juga ibu tunggal telah direman sehingga 9 Oktober.

Menurut Chandra, wanita berusia 36 tahun yang juga pemilik rumah berkenaan turut membawa polis ke tempat penyimpanan dadah yang mengandungi 33 paket kecil.

Polis juga merampas barang kemas, sebuah jam tangan dan dua telefon bimbit bernilai RM24,000.

Tambah beliau, suspek kedua tidak miliki sebarang dokumen, ditahan untuk siasatan lanjut.”Suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published.

Back to top