Shafie dalam Radar SPRM

SHAFIE Apdal dan adiknya Yusop, mungkin menjadi individu seterusnya yang akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung penyelewengan membabitkan dana persekutuan RM1.5 bilion yang diperuntukkan kepada projek luar bandar di Sabah, kata ketua pesuruhjayanya Dzulkifli Ahmad lapor The Malaysian Insight.

Dzulkifli berkata, ramai lagi yang akan dipanggil dan beliau tidak menolak kemungkinan Shafie dan adiknya Yusop juga turut tersenarai. Seorang lagi adik kepada Shafie, Hamid ditahan sebelum ini untuk membantu siasatan.

Yusop merupakan ketua Umno Silam dan Adun Lahad Datu.

“Kami akan panggil ramai lagi selepas ini dan akan terus menahan individu yang kami rasakan boleh membantu dalam siasatan,” kata Dzulkifli ketika ditanya sama ada Shafie dan adiknya juga tersenarai untuk dipanggil bagi membantu siasatan SPRM.

[insert_posts query_type=”posts” posts=”27946″ num=”2″ display_style=”list-big” hide_excerpt=”true” hide_meta=”true”]

Siasatan RM1.5 bilion bukan bermotif politik

Dzulkifli turut menegaskan siasatan SPRM memfokuskan kepada dakwaan penyelewengan dana dan amalan rasuah, dan berkata ia bukan siasatan bermotif politik.

“Lihat siapa yang kami tahan. Kami bukan sahaja menahan ahli Parti Warisan Sabah, tetapi juga ahli Umno. Siasatan kami berdasarkan bukti, bukan parti politik. Ini adalah di luar politik,” katanya.

Dalam temubual dengan The Malaysian Insight semalam, Shafie berkata beliau percaya siasatan terhadap dakwaan penyelewengan itu adalah “pendakwaan terpilih”, yang dibuat untuk memusnahkan masa depan politiknya.

Beliau juga berkata prestasi bekas kementeriannya selalu melepasi jangkaan, dari aspek angka dan nilai setiap projek yang dijalankan. Shafie merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dari 2009 hingga 2015 sebelum beliau digugurkan daripada Kabinet oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Siasat penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion

SPRM pada minggu lalu berkata pihaknya kini menyiasat 350 projek luar bandar termasuk bekalan air dan elektrik, dan juga jalan yang diberikan oleh kementerian itu kepada 60 syarikat antara 2009 hingga 2015.

Sebanyak RM1.5 bilion dana persekutuan dipercayai diseleweng daripada RM7.5 bilion peruntukan untuk Sabah.

Setakat ini, sebanyak RM180 juta akaun bank dibekukan, namun SPRM menjangkakan lebih banyak lagi wang yang akan ditemui tidak lama lagi menerusi siasatan yang dijalankan, dan kemudian akan meneruskan siasatan ke negeri lain. Lebih 45 orang setakat ini sudah disiasat.

Antara mereka yang ditahan untuk membantu siasatan termasuk naib presiden Parti Warisan Sabah Peter Anthony, bekas timbalan setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, ahli perniagaan berusia 54 tahun, ketua Pemuda Warisan Aziz Jamman, ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim, ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar dan adik Shafie, Hamid Apdal.

SPRM tinjau loji air di Semporna

“Siasatan terbabit diketuai oleh bekas pengarah SPRM Sabah Hishamuddin Hasim yang kini bertugas di Putrajaya dan diselia oleh (timbalan pesuruhjaya operasi) Azam Baki di Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Loji Rawatan Air Sungai Intan di Semporna hari ini.

Loji yang bernilai RM45 juta itu merupakan salah satu daripada 70 projek yang disiasat oleh SPRM.

Loji berkenaan siap dibina pada 2016 menerusi Projek Bekalan Air Luar Bandar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, namun masih tidak beroperasi sehingga kini

Ia dibina untuk membekalkan iar terawat kepada 1,800 penduduk di Kampung Sungai Intan dan kawasan sekitar.

Dzulkifli berkata penduduk sudah menunggu ebih 30 tahun untuk mendapatkan bekalan air, namun kini hanya menerima bekalan air sehingga tiga kali seminggu.

“Mereka terpaksa mendapatkan bekalan air daripada perigi yang dibina sendiri. Ini sebabnya mengapa SPRM mengambil berat kes ini. Sekiranya terdapat elemen rasuah dan penyalahgunaan kuasa, yang menerima akibat adalah rakyat.

“Mereka tiada tempat untuk mengadu kecuali meminta bantuan SPRM,” kata Dzulkifli.

[insert_posts query_type=”posts” posts=”27925, 27928″ num=”2″ display_style=”list-big”]

Loading...
Back to top