Shafie Tiba di mahkamah dengan ambulans

PRESIDEN Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika hadir untuk mendapatkan perintah tahanan reman SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewangan dana awam di Sabah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. – Foto Edmund Samunting

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu petang ini bagi proses mendapatkan perintah tahanan reman.

Beliau tiba menaiki ambulans pada jam 2.25 petang tadi dari Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini.

Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dimasukkan ke hospital itu lewat malam tadi kerana tekanan darah tinggi.

SEBAHAGIAN penyokong Warisan yang berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. – Foto Mohd Izham Unnip

SEBAHAGIAN penyokong Warisan yang berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. – Foto Mohd Izham Unnip
Sementara itu, kira-kira 200 penyokong Warisan memakai baju jingga kelihatan berkumpul di luar kompleks mahkamah sejak jam 2 petang tadi.

Mohd Shafie ditahan SPRM jam 9 malam tadi selepas dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah berhubung siasatan penyelewengan dana RM1.5 bilion.

Ia membabitkan projek luar bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterajuinya dari tahun 2009 hingga 2015.

Loading...
Back to top