Tahanan reman SPRM pakai baju oren, tangan bergari tidak wajar – KP Tawau

Ariffin Kassim dibebaskan semalam dengan jaminan  SPRM

TAWAU – Exco Pemuda Umno yang juga Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Oktober dan dibebaskan semalam dengan jaminan agensi itu menyatakan prosedur operasi standard (SOP) penahanan yang dilaksanakan SPRM dengan tahanan reman perlu memakai baju oren dan bergari tangan adalah tidak wajar.

“Saya memberikan kerjasama sepanjang soal siasat bersama SPRM dan SPRM turut memberi layanan baik terhadap saya dan tahanan reman lain.

Beliau yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Oktober dibebaskan semalam dengan jaminan agensi itu menyokong penuh tindakan badan bebas itu dalam membanteras gejala rasuah di negara ini.

“Saya tiada masalah beri kerjasama tetapi ketika ditahan prosedur operasi standard (SOP) penahanan yang dilaksanakan SPRM dengan tahanan reman perlu memakai baju oren dan bergari tangan adalah tidak wajar.

“Pada saya, selagi individu itu tidak dibuktikan bersalah, dia belum lagi bersalah tetapi SOP yang digunakan SPRM terhadap tahanan remannya dipercayai boleh mewujudkan masyarakat berpersepsi bahawa tahanan itu bersalah meskipun belum didakwa,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan BERNAMA.

Ariffin bagaimanapun menyatakan pendirian kekal bersama Umno dan BN.

Beliau direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah yang disalurkan menerusi sebuah kementerian pusat antara 2009 hingga 2015.Sehingga kini jumlah individu yang ditahan SPRM termasuk yang sedang direman dan telah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM ialah sembilan orang terdiri daripada anggota politik, ahli perniagaan dan penjawat awam. – Bernama

Loading...
Back to top