Bajet 2018: Naik taraf sistem telekomunikasi, Sabahan tak perlu telefon bimbit

Shafie Apdal, Mantan Menteri KKLW iaitu kementerian yang bertanggungjawab memajukan kawasan luar bandar Sabah dengan peruntukan diterima ketika beliau sebagai menteri berjumlah RM 7.5 Bilion iaitu dari tahun 2009 sehingga dilucutkan tahun 2015

“Belanjawan kali ini tidak menjurus ke arah kepada mengutamakan rakyat Sabah dan Sarawak 1 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf sistem telekomunikasi. Tetapi jalan-jalan kampung dan infrastruktur asas lain untuk dinaik taraf tidak cukup duit. Orang Sabah tidak perlukan telefon bimbit”_Datuk Shafie Apdal, Dewan Rakyat, 7 November 2017.

ULASAN:

Rakyat mengetahui bahawa setiap pembangunan yang dirancang oleh kerajaan adalah secara berperingkat mengikut keutamaan kawasan dan golongan sasar (semua pemimpin faham samada di pihak kerajaan
Barisan Nasional mahupun negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan DAP, PKR dan PAS).

Tidak dinafikan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan dua Wilayah di Timur Malaysia yang masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur asas (mungkin juga disebabkan oleh faktor geografinya) berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Namun usaha ke arah melengkapkan infrastruktur asas di kedua-dua wilayah ini sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Negeri masing-masing. Sabah contohnya, masih banyak kawasan luar bandar memerlukan infrastruktur asas air, elektrik dan jalan raya. Sejak tahun 2009 hingga kini, Sabah sentiasa mendapat perhatian oleh pemimpin kerajaan Persekutuan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

[box style=”3″]

[insert_posts query_type=”posts” posts=”27798″ use_word_length=”true”]

[/box]

Bayangkan sahaja sepanjang tempoh 7 tahun (2009-2015), sebanyak RM7.5 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Sabah. Perancangan kerajaan telah disusun mengikut keperluan dan keutamaan seperti apa yang dikehendaki oleh rakyat Sabah. Namun amat mengecewakan apabila dikatakan sejumlah dari wang peruntukan tersebut diselewengkan.

Bukankah ini namanya secara sengaja telah menafikan hak-hak rakyat Sabah sehinggakan kerajaan dipersalahkan oleh rakyat kerana pembangunan tidak sampai kepada mereka. Jikalaupun ada ianya sekerat jalan, tidak berfungsi (bekalan air dan elektrik) dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan (jalan raya).

Tidak adil kerajaan secara keseluruhnnya dipersalahkan atas masalah tersebut sedangkan yang menidakkan pembangunan sampai kepada rakyat adalah individu-individu tertentu yang berkepentingan.

Apabila sesuatu projek pembangunan tersebut terbengkalai dan dikaitkan dengan penyelewangan, pantas saja akan ada yang bertanya siapa bertanggungjawab melulus projek tersebut?

Pastinya Perdana Menteri Atau Ketua Menteri (selaku Menteri Kewangan) yang meluluskan peruntukan pembangunan tersebut, tetapi ianya dibuat berdasarkan kepada cadangan dan penilaian kajian yang telah dibuat oleh kementerian bertanggungjawab. Dan sekiranya berlaku penyelewengan selepas itu, ianya adalah diluar kawalan pihak yang meluluskan projek (pada tahap ini, SPRM akan mula menjalankan siasatan sekiranya laporan dibuat).

Berbalik kepada isu menaik taraf sistem telekomunikasi di Sabah, ianya boleh dikatakan memang mengikut seperti apa yang dirancang oleh kerajaan. Selepas infrastruktur asa, tiba masanya untuk menyediakan
atau menaik taraf kemudahan lain seperti telekomunikasi.

Sistem telekomunikasi bukan hanya terbatas pengunaannya untuk telefon bimbit. Lebih dari tu ianya mampu menjana ekonomi rakyat melalui perniagaan atas talian. Mengambil contoh petani di Negara China, dengan sistem telekomunikasi yang ada membolehkan petani menjual hasil pertanian mereka secara atas talian (infrastruktur asas sudah tersedia sebelum ini).

Bayangkan dengan adanya infrastruktur asas (sepatutnya kini kawasan pedalaman Sabah telah menikmatinya) dan ditambah dengan kemudahan telekomunikasi bagi menyokong perniagaan atas talian. Bukankah kemudahan-kemudahan ini secara berangkai dapat melonjakkan kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat terutamanya yang terlibat dengan industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Dalam hal ini, lapangkan hati dan bukakan minda. Siapa yang harus dipersalahkan, adakah kerajaan yang telah merencana pembangunan secara teratur untuk kepentingan rakyat atau individu tertentu yang telah menafikan pembangunan kawasan yang sepatutnya menjadi hak milik rakyat Sabah.

[insert_posts query_type=”posts” posts=”28845, 28860, 28864, 28872″ display_style=”list-small”]

Loading...
Back to top