Hasutan: Laporan Polis terhadap Shafie Apdal di Sarawak

PROTES: Tan Kai (dua kanan) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat terhadap Shafie di hadapan Balai Polis One Stop Centre, Simpang Tiga, Kuching semalam.

KUCHING: Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam telah membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Kota Kinabalu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di bawah Akta Hasutan di Balai Polis One Stop Centre, Simpang Tiga di sini.

Pengerusi Pemuda Pusat SUPP Tan Kai berkata Shafie dengan sengaja menyatakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) harus membiarkan orang Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah dalam kepercayaan masing-masing dan jangan disalah tafsir untuk menjejaskan umat Islam.

“Ini adalah ucapan berbaur hasutan kerana kerajaan persekutuan telah membenarkan Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah,” katanya yang mana kenyataan tersebut telah dimuat naik dalam satu portal berita tiga hari lalu.

Beliau yang juga merupakan setiausaha politik Ketua Menteri menyeru pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap Shafie kerana cuba mencetuskan sentimen yang kurang menyenangkan hanya kerana terdapat ramai kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak beragama Kristian.

Tan Kai menegaskan bahawa pemimpin politik tidak seharusnya menggunakan agama untuk membangkitkan perpecahan di kalangan rakyat.

Tambahan pula, Sarawak adalah sebuah negeri yang aman dan damai dengan semua agama dan bangsa hidup bersama.

Oleh yang demikian, tindakan tidak masuk akal itu harus dihentikan dan tindakan terhadap Shafie perlu diambil secepat mungkin.

Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang dan ahli daripada cawangan lain di sini iaitu Milton Foo, Leonard Tan dan Mok Chuan Ping turut menyertai Tan Kai membuat laporan polis semalam.

[insert_posts query_type=”posts” posts=”29184, 29146, 29127, 29133, 28949, 29155″ display_style=”list-big” hide_meta=”true”]

Loading...
Back to top