Parti Kerjasama Anak Negeri bakal ada1 Kerusi DUN

Parti Kerjasama Anak Negeri  (Anak Negeri)

KOTA KINABALU: Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) bakal ada wakil di Dewan Undangan Negeri Sabah, yang akan diadakan pada 17 Nov untuk membahaskan bajet negeri.

Presiden Parti Anak Negeri, Datuk Henrynus Amin mendedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Dr Edwin Bosi, yang keluar daripada parti DAP akan menyertai parti pimpinannya.

Henrynus berkata, Dr Bosi bersama kira-kira 30 penyokong akan menyertai parti itu semasa satu majlis di Penampang.

Dr Bosi memilih menjadi ADUN BEBAS sejak September selepas keluar parti lamanya kerana masalah dalaman di kalangan pemimpin di situ.

“Satu perbincangan khas akan diadakan di Buhavan Square tidak lama lagi untuk menjelaskan visi dan perjuangan Parti Anak Negeri kepada pwarga Penampang.

Beliau berkata Dr Edwin selama beberapa bulan yang lalu hanya mendiamkan diri kerana beliau masih mempertimbangkan beberapa tawaran.

“Kami sedang menunggu dia dan kami gembira kerana dia akhirnya membuat keputusan yang betul,” katanya.

Beliau berkata Dr Bosi membuat keputusan yang sukar untuk meninggalkan parti lamanya namun kini telah menemui rumah barunya untuk meneruskan perjuangan politiknya, sambil menambah bahawa beliau mendedikasikan dirinya untuk  Anak Negeri walaupun ketika itu beliau masih menjadi ADUN DAP dan Timbalan Ketua Perhubungan bagi Sabah .

“Dia telah menerima perjuangan teras kami dan selesa dengan politik akar umbi kita yang sederhana dan tidak konvensional. Kami berharap dapat bekerja rapat dengannya dan pasukannya,” katanya.

Loading...
Back to top