Warisan gagal nafikan ahlinya keluar parti sertai UMNO di Semporna

RAMLEE menerima borang daripada ahli Warisan yang keluar parti itu untuk mnyerati UMNO

SEMPORNA: Parti Warisan Sabah yang cuba menafikan ahlinya keluar parti untuk menyertai UMNO di Semporna tidak menjadi selepas penduduk berkenaan tampil menafikan tindakan mereka meninggalkan parti  Warisan itu tidak benar.

Bibi Salangani, yang mengetuai 29 cawangan Parti Warisan Sabah di Kampung Bangau Bangau untuk keluar parti, berkata mereka telah kehilangan keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

Beliau percaya tindakan pihak berkenaan memutarbelit  isu ini adalah untuk menutup kebenaran parti itu semakin kehilangan sokongan di kawasan berkenaan.

“Kami membuat keputusan ini atas kehendak kita sendiri kerana kami yakin bahawa agenda yang ditawarkan oleh pembangkang tidak akan membawa kita ke masa depan yang lebih baik,” katanya.

Ketua Kampung Bangau Bangau Laistel bin Sarakil adalah antara ahli yang membuat keputusan keluar dari Parti Warisan Sabah untuk menyertai Umno.

Sementara itu, timbalan ketua penerangan Umno Sabah Datuk Ramlee Marhaban, yang menerima borang keahlian mereka, berkata semua orang tahu bahawa pihak pembangkang hanya pandai memutarbelitkan isu untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Mereka boleh mengatakan apa sahaja yang mereka mahukan, tetapi sokongan daripada rakyat terhadap Umno dan BN tetap kukuh. Kita (Umno) tidak peduli dengan agenda mereka dan tindakan mereka tidak akan menakutkan kita kerana Umno dan Barisan Nasional hanya peduli terhadap negara dan rakyat, “katanya.

[box style=”3″]

Berita Berkaitan:

[/box]

 

[insert_posts query_type=”posts” posts=”28981″ use_word_length=”true”]

Loading...
Back to top