Shafie Apdal Sekali Lagi Dipanggil SPRM

SHAFIE Apdal sekali lagi dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  yang disahkan oleh pegawai suruhanjaya berkenaan.

Kali ini, ia dipercayai berkaitan siasatan kontrak penyelenggaraan sebuah universiti di negeri ini.

Difahamkan, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berusia 60 tahun itu hadir di pejabat SPRM Sabah pada jam 10 pagi tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan bekas menteri itu tidak ditahan, hanya dipanggil untuk membantu siasatan. – 6 November, 2017.

Berita Harian yang memetik kenyataan setiausaha agung Warisan Loretto J Padua melaporkan Shafie dipanggil berhubung satu kes lama yang dibuka semula untuk siasatan oleh SPRM.

Akhbar harian itu melaporkan Shafie dipanggil berhubung cadangannya ke atas sebuah syarikat yang cuba mendapatkan projek penyelenggaraan RM43 juta daripada sebuah universiti di Sabah.

[insert_posts query_type=”posts” posts=”27887″ num=”1″ display_style=”list-small”]

Pada 2012, SPRM menjalankan siasatan terhadap syarikat dimiliki oleh rakan Shafie, Peter Anthony berhubung dakwaan tuntutan palsu membabitkan RM43 juta berkenaan kontrak penyelenggaraan kejuruteraan dan mekanikal di Universiti Malaysia Sabah.

Bagaimanapun, SPRM menggugurkan tuduhan terhadap Anthony yang kini merupakan naib presiden Warisan, pada 9 Ogos tahun yang sama.

SPRM kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana persekutuan berjumlah RM1.5 bilion yang diperuntukkan kepada projek pembangunan luar bandar di Sabah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara 2009 dan 2010.

Shafie merupakan menterinya ketika itu.

Sebelum ini, Shafie ditahan reman oleh SPRM selama lapan hari untuk membantu siasatan.

[box style=”0″]

Artikel Terkini

[/box]

[insert_posts cats=”” num=”5″ display_style=”list-big” use_word_length=”true”]

Loading...
Back to top