‘Catwalk’ sambil berbogel?

GAMBAR lelaki berjalan dalam keadaan bogel di Jalan Bundusan di Penampang, tular di laman sosial hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ia berlaku hanya beberapa hari selepas gambar pasangan lelaki dan perempuan berpelukan, tanpa berpakaian, dalam kolam air pancut di Jalan Gaya, Kota Kinabalu tular di laman sosial, hingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Gambar berkenaan menunjukkan lelaki memakai topi dan membawa beg biru sedang berjalan dalam keadaan berbogel.

Tidak dapat dipastikan lelaki itu adalah warga tempatan atau pelancong asing.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku di Jalan Bundusan, di sini.

“Kita tidak menerima sebarang laporan namun kejadian memang berlaku petang tadi dan saya juga menerima maklumat dari rakan media lain.

“Tiada tindakan dapat diambil setakat ini kerana kita tidak menerima laporan dan sekiranya ada laporan, sudah pasti kita akan dapatkan maklumat lelaki itu,” katanya. – Harian Metro, 10 Januari 2019

Loading...
Back to top