Penduduk rayu naik taraf jalan kampung

KOTA KINABALU: Penduduk Kampung Puhus Tamparuli merayu kepada kerajaan agar mempertimbangkan untuk menaik taraf jalan yang menghubungkan rumah-rumah penduduk di kampung berkenaan.

Seorang penduduk, Harry Gintanau Linggob (gambar kiri) berkata, perkara itu diperlukan bagi memberikan keselesaan penduduk selain untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Ia perlu untuk kemudahan penduduk di sini, jalan yang berturap penting kerana keadaan jalan di sini sangat curam dan membahayakan penduduk.

“Keadaan jalan berlumpur sangat licin ketika hujan, jalan berturap akan memudahkan warga emas di kampung ini menggunakan kemudahan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

KEADAAN jalan yang dikatakan licin dan berlumpur

Menurutnya, dia yang sudah lanjut usia turut mengalami masalah kesihatan tidak lagi mampu mengangkat barangan yang berat dari jalan utama sehingga ke rumahnya disebabkan keadaan jalan yang tidak mengizinkan.

Sementara itu, Larry Dasan (gambar kanan) yang juga penduduk di kampung berkenaan turut berasa bimbang mengenai jalan yang berbahaya itu.

“Jalan ini berlumpur dan licik ketika hujan, ia sangat membahayakan penduduk di sekitar yang menggunakan jalan ini.

“Saya merayu kerajaan melalui Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan berkenaan agar dapat menyenaraikan jalan kampung ini dalam rancangan menaik taraf jalan kampung 2019,” katanya. – UTUSAN BORNEO, 2 Januari 2019

Loading...
Back to top