Penunggang Motorsikal Maut di Jalan Bypass Tuaran

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas motorsikal ditunggangnya bertembung dengan Perodua Axia di Batu 6, Tuaran Bypass, di sini pada malam Khamis.

Mangsa, Baharudin Bin Madzukil, 33, meninggal dunia di tempat kejadian pada kejadian 10.30 malam pada 10 Jan lepas.

Siasatan awal mendapati motorsikal berkenaan bertembung kereta Perodua Axia yang sedang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dari Tuaran ketika mangsa keluar dari persimpangan.

Mangsa terbuang beberapa meter dari tempat kejadian dan meninggal dunia akibat kecederaan kepala dan badan yang teruk.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Pemandu wanita Perodua Axia, berusia 50-an, hanya mengalami kecederaan kecil dan telah ditahan reman untuk membantu siasatan polis di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Back to top