GPMS Jangan Melampau

GPMS-jangan-melampau.jpg

Respon Masyarakat Sabah berhubung kenyataan Zambri Mohd. Isa mewakili Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mahu rakyat Sabah mengenepikan Sentimen Kenegerian dan menerima dengan hati yang terbuka apabila jawatan-jawatan penting di negeri Sabah diisi oleh pekerja dan Profesional dari Malaya seperti yang hangat dibahaskan jawatan Naib Canselor UMS.

Kenyataan daripada GPMS hadir selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dalam kenyataan terdahulu mahu Anak Sabah yang menerajui UMS.


Musli Oli adalah seorang Penulis Buku Prolifik, Penganalisis Politik dan Aktivis Hak-Hak Sabah

GPMS Tempelak Kerajaan Persekutuan Bukan Kerajaan Sabah !!

Presiden GPMS Zambri Mohd Esa menyaran agar kerajaan Sabah bersikap terbuka dalam isu perlantikan Naib Canselor UMS dan tidak menjadikan isu itu sentimen kenegerian. Mesej GPMS sebenarnya untuk beritahu kita, kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan bahawa belum ada rakyat Sabah yang layak memegang jawatan Ketua Eksekutif Universiti dalam negara ini.

GPMS juga sampaikan mesej bahawa calun yg layak menjadi VC hanya orang-orang dari Semenanjung kerana mereka sahaja yg mendapat pendidikan yg lebih baik dan berkualiti, efisen dan efektif berbanding dengan orang-orang di Sabah yg pendidikannya jauh lebih rendah.

(Mesej tersirat GPMS – kejayaan pendidikan di Semenanjung adalah hasil daripada perjuangan mereka! Sedangkan di Sabah GPMS tidak pernah berbuat apa2 jauh sekali memperjuangkan bidang pendidikan)

Sedar tidak sedar GPMS beritahu rakyat Sabah, yang mereka sebenarnya rasa begitu terkejut jika telah ada orang Sabah layak jadi VC sedangkan kerajaan Persekutuan lebih banyak tumpukan perhatian dan perbelanjaan bidang pendidikan di Semennjung dan sedikit sahaja di Sabah. Bidang Pendidikan adalah tanggungjawap kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri.

Apa yg GPMS ingin sampaikan menjelang PRU 14 ini untuk rakyat Sabah ialah – “Sungguhpun Sabah sudah merdeka dalam Malaysia selama 54 tahun, Sabah tidak sepatutnya ada orang2 yg berpendidikan tinggi kerana jika ramai orang Sabah yang terpelajar, mereka bakal menjadi saingan kepada pelajar2 dari Semenanjung untuk mengisi peluang pekerjaan di Sabah!!”.

Over to you GPMS. Nak bagitau you Zambri, saya juga pernah jadi Presiden Pelajar2 Sabah Seluruh Semenanjung tahun 1981-82 sewaktu awak masih meleleh ingus…Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).Tulisan Asal Musli Oli, 3 Jun 2017

Sinis begitulah bahasa yang digunakan Pejuang Hak Sabah ini dalam tulisannya untuk memberi pengajaran kepada GPMS yang membuat kenyataan memandang rendah kemampuan anak-anak negeri Sabah sekaligus menafikan HAK Rakyat Sabah.

MUSA Mahu Anak Sabah Terajui UMS

Kenyataan Presiden Gabungan pelajar melayu semenanjung hadir selepas Ketua Menteri Sabah Mahu Anak Jati Sabah yang menerahui UMS

Berikut adalah antara respon/maklumbalas yang menjadi pilihan Portal Suara Masyarakat Sabah.

Sebenarnya mentaliti GPMS memandang rendah kredibaliti para cendiakiawan Sabah sehingga mereka sahaja paling genius tetapi mereka lupa dari segi taraf pengetahuan mereka jauh lebih rendah daripada orang Sabah atau Sarawak.

Ini kerana Sabahan telah dididik dengan cabaran tekanan Semenanjung dalam apa juga lapangan yang menjadikan Sabahan lebih berakal dan terkedepan. Ayuh Sabahan ketepikan politik pro Malaya dan yang bakal bersekutu dengan mereka. Kita buktikan PRU14 ketuanan Melayu tergugat.- Adm Md Yussof Mataim

Mungkin mereka fikirkan orang kita kurang pengalaman dan pendidikan. Mereka tidak sedar ada orang kita sudah lama menjadi Dekan Fakulti di Universiti luar negara dan setanding dengan para cendikiawan luar.

Mungkin negeri kita tidak jelas dengan syarat penubuhan Universiti negeri kita dahulu sehinggakan tenaga pengajar ada dari semenanjung. Lembaga Pengurusan dan Pentadbiran UMS patut bertindak. Bukan tujuan anti tetapi sebagai syarat memenuhi kehendak negeri. DrHarun Pudin

Di Sabah byk anak watan yang lebih layak memegang jawatan dari mereka yang datang bekerja disini. Di Sabah ada byk anak watan yang kompeten mampu bekerja di sektor professional itu sendiri.

Tapi kenapa hanya “mereka” yg diberi peluang? Di kota belud sahaja jangan sangka anak2 berjual karipap, pinjaram itu tiada kelulusan degree, hatta ada beberapa org anak saudara Pak Seli sendiri dr kg kota belud sahaja pun memegang status Doctor of Philosophy tanpa “mendoktorkan” nama mereka.. Itu belum dari dari daerah lain?

Apakah kita skrg masih di ambang “ketidakadilan” walaupun dituduh “kenegerian”? Kita ada hak..Encik Wan

Benar kita perlu bersifat terbuka namun ada beberapa hal memerlukan kita untuk TIDAK bersifat terbuka, gagal untuk memahami sejarah kepada hal itu bermakna kita gagal dalam memahami apakah perkara yang perlu disuarakan atau apakah perkara yang tidak perlu disuarakan.

Dalam soal sabah, perlantikan anak jati sabah sebagai ketua tertinggi di institusi pendidikan awam di negeri ini tidak memerlukan kita untuk “berfikiran terbuka” kerana jawatan itu adalah hak anak jati sabah dulu kini dan selama-lamanya! – Khairul Anwar Junus

Kongsikan jika kamu bersetuju GPMS patut meminta maaf kepada seluruh Rakyat Sabah atas kenyataan yang ‘menghina’ anak-anak Sabah. GPMS seharusnya cermin diri sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

Baca Maklumbalas lain [button link=”https://goo.gl/08tOjB”]Click Here[/button]

Artikel berkaitan : 

Loading...
scroll to top