“Beauty Without Brains” Tidak Adil Untuk Jo-Anna

Jo-Anna Sue Henley – Ikon Belia Parti Warisan Sabah

Ikon Belia Parti Warisan Sabah Jo-Anna Sue Henley Rampas dituduh “Beauty Without Brains” selepas gagal menjawab persoalan yang diajukan ketika satu sesi jelajah Parti Warisan Sabah baru-baru ini. Seorang pengguna di media sosial mempertahankan Ikon Belia Parti Warisan dengan berkata adalah tidak adil menuduh Jo-Anna sebagai “Beauty Without Brains” hanya kerana satu soalan yang tidak boleh dijawab. Selanjutnya :

SOALAN: Kita mengetahui siapa Presiden tertinggi Parti Warisan. Beliau merupakan bekas pemimpin tertinggi dalam komponen Parti Barisan Nasional sejak dari dulu lagi. Adakah perjuangan DSSA dalam Parti Warisan ini benar-benar tulus dan ikhlas untuk membantu nasib rakyat negeri Sabah. Jika ia benar mengapa semasa menjadi menteri dulu, beliau tidak dapat melaksanakan semua cadangan Warisan kini. Sepatutnya DSSA memperjuangkan membela nasib rakyat Sabah sejak dari dahulu lagi. Persoalannya kenapa beliau tidak bertindak sejak dari dahulu lagi?

Amat tidak adil kamu menghakimi Joanna Henley Rampas kerana tdk terjawab soalan spti itu. Memang dia tdk tahu menahu mengenai sumbangan Shafie selama ini. Joanna baru saja satu dua tahun dulu menamatkan pengajian LLB dgn kepujian dan LLM di UK dan mendirikan rumah tangga. Jadi sungguh tdk adil kamu menuduh dia spti wanita “beauty without brains” kerana tdk terjawab satu soalan saja. Dia masih muda tapi jangan khuatir, dia mempunyai banyak potensi bukan drp segi menyanyi, dan kecantikan yg sungguh menawan dan memenangi gelaran Unduk Ngadau yg fasih dlm Bahasa Dusun dan rela balik ke tanahair walupun hidup senang lenang di UK, tetapi cita2nya yg berkobar2 untuk memberi teladan yg baik bagi semua kaum wanita KDM dan menyumbang kpd masyarakat tempatan. Saya sebagai KDM sungguh bangga dgnnya. Syabas zandi Joanna! You are doing a fantastic job for Warisan and the people of Sabah!

Dino Sedan pula menuliskan bukan salah Jo-Anna tidak mahu menjawab soalan berkenaan.

Joana berpendapat bahawa soalan yang di ajukan kpd beliau lebih baik di jawap oleh Dato Aziz, ini di sebab kan Dato Aziz adalah mereka yang terawal bekerja di bawah DSSA..

Jawapan yang di berikan oleh Dato Aziz ada jawapan yang begitu bagus penerangan nya kpd mereka yang masih belum kenali siapa DSSA sebenarnya secara total..

Namun berbeza pula dengan seorang lagi yang memberikan pandangannya iaitu :

Kesian Joana patut dah jumpa banyak kali dgn Shafie dan Aziz belajarlah menjawab. sekurang tunjukkan Joana pertahankan Presiden sebagai ikon anak muda.

Orang bukan nak dengar Aziz tu. Dia anak saudara Shafie. Biasalah kalau dia jawab. Bukan sukar pun bagitau Shafie Apdal sebagai pejuang dihati Kadazan Dusun. Joana bagitaulah bukti-bukti shafie tu. Barulah nampak hujahnya. bukan sebab soalan tu sesuai dijawab oleh Aziz atau Joana.

Jo-Anna perlu belajar lebih banyak lagi apabila menerima menjadi Ikon Parti Politik kerana anda akan diuji dengan persoalan yang berkait dengan politik. Amat jarang orang bertanya soalan tentang kecantikan mahupun nyanyian apabila anda mula masuk ke dalam kumpulan politik ini.

Pemilihan Jo-Anna sebagai ikon parti warisan pastinya sudah difikirkan sedalamnya. Cuma apa yang jelas pemilihan Jo-Anna ini lebih menguntungkan perjalanan politik YB Darrel Leiking dan YB Terrence Siambun masing-masing di kawasan Parlimen Penampang dan DUN Moyog yang dikuasai KDM.

Selain itu teknik menggunakan wanita cantik ini bukanlah perkara baru kerana Parti DAP juga pernah memperkenalkan Diana wanita muda yang cantik bertanding dalam PRK Permatang Pauh di semenanjung.

Adakah benar  “Politik Jo-Anna sekadar ikutan ? Beliau gagap dan gagal menjawab soalan. Jadi bagaimana mahu mempertahankan KDM di Sabah bawah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal?,” antara persoalan yang menjadi tanda tanya di media sosial.

TONTON: Video Ikon Belia Warisan ketika berucap dalam satu program di Tambunan

Berita Berkaitan:

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Discussion

  1. firdaus

    yer betul… kalau mana2 pemimpin tertinggi tu mempunyai sumbangan dan diminati rakyat tempatan budak kecil pun akan tahu… contoh (pairin kitingan) (mahathir) (najib) pemimpin luar negara pun sya boleh tahu contoh (yasser arafat) (al-assad) (bill clinton) (bush)… sebab mereka ada sumbangan dan popular “dimata” rakyat tempatan dan dunia Samada dgn sikap bertanggungjawab atau dengan sikap menyusahkan dorang… tapi disabah ada tempat masih mundur tiada perubahan tiba2 nak rakyat dikawasan tu pasal nama pemimpin… erm erm erm…

  2. Mackenze

    Jangan menuduh atau singaja menjatuhkan orang kita…orang kita tetap orang kita… kalau jenis tidak faham apa maksud orang kita… bukan warga sabah…warga sabah tidak suka menjatuhkan dan menghina sesama sendiri.saya rasa yang menanya soalan tu pun.tidak layak
    jadi pemimpin sabah.faktanya dia duduk sabah. Seharusnya dia harus kenal semua antik sabah..malah yang buat persebahan untuk dia.berterima kasihlaaa..bukan mengutuknyaaaa…baik la. Ini saja fikiran saya

arrow