Kaamatan Islamik Mendapat Bantahan

Kaamatan-Islamik-Mendapat-Bantahan.jpg

Sambutan ‘Kaamatan Islamik’ oleh kumpulan tertentu di Papar mendapat bantahan dan dikritik oleh netizen selepas beberapa keping gambar majlis tersebut tersebar secara meluas di media sosial pada sabtu.

Gambar sekumpulan wanita yang bertudung dan memakai baju berwarna hitam dan emas berlengan panjang dan longgar menjadi perbualan dan dibincangkan secara terbuka di media sosial.

Difahamkan mereka yang berada dalam gambar itu sedang di dalam Majlis Sambutan Kaamatan Islamik berdasarkan apa yang tertera dalam ‘banner’ yang di belakangnya.

Antara program pengisian acara itu adalah majlis doa kesyukuran dalam bahasa Arab dan Dusun, pertandingan kecantikan “Momogun Muslim” dan sukan.

“Kaamatan Islamik” nyata tidak disenangi dan dianggap tidak sesuai apabila unsur agama ditonjolkan.

Antara komen yang ditulis di media sosial adalah mereka mahu konsep asalnya dikekalkan kerana sebagaimana warga Sabah ketahui Pesta Kaamatan adalah perayaan Suku Kaum di negeri ini dan bukannya untuk keagamaan.

Komen yang ditulis oleh pengguna media sosial yang beragama Islam:

Panas juga isunya ni.. Saya cenderung supaya nama agama itu tak dilibatkan. Yang namanya patuh syariat itu bukanlah mengislamisasikan nama perayaan berkenaan, tetapi tujuan perlaksanaan(maqasid) itu sama ada mendatangkan permuafakatan kepada semua bangsa tak kira agama, barulah bertepatan dengan konsep wahdah alUmmah.

Saya melihat akibat mendatang yang mungkin/akan mengakibatkan masyarakat kadazan dusun dan murut (kdm) yang beragama kristian, akan memandang serong terhadap kdm yang beragama islam. Bukan isu antara agama islam dan kristian tetapi tadau keamatan (pesta menuai padi) lebih kepada isu kebudayaan. Menolak mafsadah(kerosakan) itu adalah lebih utama

Bagi masyarakat kdm yang beragama islam pasti maklum akan perkara-perkara yang dilarang dalam islam, maka seelok-eloknya menjauhi amalan nenek moyang yang bercanggah dengan syariat. Manakalah masyarakat kdm yang beragama kristian, perlulah menjaga sensitiviti kebudayaan yang bercanggah dengan pengamalan hidup islami memandangkn kita di Sabah ini hidup berbilang kaum dan agama. Elakkanlah perkara-perkara yang boleh menimbulkan persengketaan. – Mohd Farhan

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dengan tidak terikut-ikut dengan api kemarahan. Pihak berkenaan juga digesa supaya tampil membuat kenyataan terbuka bagi meredahkan isu ini yang mudah melarat terutama apabila ia mulai dipolitikkan.

Pesta Kaamatan adalah perayaan Suku Kaum di negeri ini dan bukannya untuk keagamaan – Komen pengguna di media sosial

Dikemaskini Respon: Penganjur Minta Maaf guna Islamik untuk Kaamatan

Loading...
scroll to top