Kaji Semula Selekoh di Jalan Tambunan-Moyog

Kaji-Semula-Selekoh-di-Jalan-Tambunan-Moyog.jpg

Selekoh Maut di Jalan Tambunan-Moyog

Orang ramai khususnya pengguna jalanraya yang sering melalui satu jalan selekoh tajam di Jalan Tambunan-Moyog melahirkan rasa kesal dan memohon pihak yang bertanggungjawab supaya dapat mengkaji semula rekabentuk laluan berkenaan.

Khamis lalu, gambar sebuah treler muatan panjang yang terbalik di selekoh tajam di sini menjadi tular selepas dimuatnaik di facebook.

Tinjauan Suara Masyarakat Sabah mendapati rata-rata komen netizen meminta agar jabatan berkenaan dapat mengkaji seterusnya mengambil tindakan yang wajar untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin apabila menggunakan laluan berkenaan.

Jalan selekoh ini di antara Tambunan-Moyog perlu dikaji semula rekabentuk atau laluannya oleh pihak berwajib kerana banyak kemalangan kenderaan sering berlaku di situ. Utamakan keselamatan para pengguna jalanraya. Apa kata anda? – Philemon Spanis

Jalan ini adalah perhubungan utama Kota Kinabalu,Penampang, Tambunan, Keningau, Ranau, Tenom dan kampung-kampung sekitarnya.

Sebuah treler terbalik di lokasi yang sama pada JUN 2016

Sebahagian komen yang dipetik dari laman facebook :

Majack Mojinin A Perlu modified itu jalan dengan segera. Boleh guna Nehemiah/MSE wall, gemukkan ramp atau guna tiang.

Doner Emmiur ini koner maut….kalau brek tak fungsi dan driver nda pandai pakai gear rendah untuk brek, tatap jalan lurus punya…

Alex Kennedy Lai Ya tu jln pd tahun 1992 kwn sy pun hilang nyawa accident van sama lori putus kepala kwn sy,,, amen

Paulius Godwin Sokong sangat..selekoh ini dipanggil “hair pin bend” direka untuk jalan raya yg kurang peruntukan..gradient jalan ini pun curam dan bnyk corner2..pendek rekaan dibuat kerana kurang dana..asal ada jalan saja..banding dgn jln tamparuli ranau yg lebih baik

Michael Wong JKR mesti Cari jalan utk membetul corner yg paling bahaya Turin bukti ni krn bkn Hari ja accident sdh banyak kereta2 , tanki minyak lori Dan trailer kenderan barat seperti di gambar walau mcmana pun kami berharap JKR ble mengambil tindakan segera !!!

Diharapkan agar suara orang ramai ini dapat perhatian daripada pihak berkenaan sebelum berlaku lebih banyak kemalangan yang meragut nyawa.

Malang tidak berbau tapi bukan disebabkan oleh keadaan jalan yang tidak selamat.

Kiriman pembaca kepada Portal Suara Masyarakat Sabah. Untuk maklumbalas Hubungi Kami di email news@suarasabah.com Klik Sini

Loading...
scroll to top