Kedapatan Gambar Keluar TV

Giliran Parti Cinta Sabah dituduh Mesra BN

Gara-gara gambar seorang ahli Parti Cinta Sabah muncul di kaca televisyen dalam satu program kerajaan, parti tersebut kini dikaitkan sebagai parti pembangkang yang Mesra kepada kerajaan Barisan Nasional.

Foto Ketua Ikatan Muda Parti Cinta Sabah peringkat Nasional, Hasmin Azroy Abdullah di dalam satu majlis perasmian buku yang dilancarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman terus menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Gambar yang diambil dari sudut berbeza itu telah mengundang spekulasi bukan sahaja atas pendirian individu berkenaan tetapi parti politik yang diwakilinya juga kerana jawatan penting yang disandangnya.

Ludah ke langit terkena muka sendiri ?

Parti Cinta Sabah pada april lepas keluar daripada Gabungan Pembangkang di Sabah yang dikenali Gabungan Sabah (USA) selepas hilang kepercayaan terhadap ahli gabungan parti yang lain yang dikatakan mesra kepada Barisan Nasional.

Apabila berada di luar Gabungan Sabah, PCS menyarankan agar satu gabungan pembangkang yang lebih kuat dapat dibentuk bersama-sama dengan parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan dan parti pembangkang lain namun ia tidak mendapat sambutan.

Ketika PCS masih bergelut untuk menambah ahlinya timbul pula spekulasi babit ketua pemudanya yang dilihat seperti ‘bodyguard’ kepada Ketua Menteri Sabah.

Foto yang dikongsi di media sosial.

Buli tahan juga sampai keluar TV..

Kiriman Pembaca Suara Masyarakat Sabah. Maklumbalas Hantar Email

Loading...

Leave a Reply

Discussion

  1. george

    Good Info Sabah. Cuba kamu baca apa dia cakap dulu:
    Apa Peranan Sebenarnya Wilferd Bomburing Pada Rakyat Sabah?

    Wiramuda (Youth) Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah, Hasmin Azroy Abdullah mempersoalkan apakah sebenarnya peranan Datuk Seri Wilfred Bumburing dalam bersekongkol dengan PKR; tetapi tidak pula menyertai terus parti Semenanjung itu.

    Sebagai respon kepada kenyataan Bumburing yang keterlaluan menganggap Star sebagai pemecah undi, ingin saya jelaskan bahawa Star mempunyai matlamat yang jelas menerusi apa yang kami panggil Agenda Borneo, lama sebelum kewujudan APS.

    Kami menentang dasar Barisan Nasional yang menafikan hak rakyat Sabah. APS baru muncul semalam tetapi terus mendakwa berjuang yang sama sedangkan perjuangan yang dilaungkan APS hanyalah mengulang lidah perjuangan pemimpin Star, Dr Jeffrey Kitingan yang amat konsisten dengan perjuangannya sejak tahun 80-an.

    Jika Bumburing benar-benar jujur membantu Pakatan Rakyat, mengapa dia tidak terus menjadi ahli PKR saja? Bahkan Bumburing pernah berkata jika tidak dilayan PKR kelak sesudah menang, dia akan keluar, jadi keluar ke mana? Ke BN kembali?

    tidak buli pakai

arrow