Peserta Unduk Ngadau Banggi Tuntut Saman Malu

Kes Wakil Unduk Ngadau Kaamatan ( UNK ) Banggi 2017 dibatalkan penyertaan di Peringkat Negeri pada tahun 2017

Diumumkan sebagai pemenang pada hari pertandingan Unduk Ngadau Peringkat daerah Banggi  dan beberapa hari kemudian mendapat tahu ada keputusan baru yang tersebar dan nama pserta lain sebagai pemenang bagi pertandingan yang sama di daerah yang sama.

Itulah dialami oleh seorang peserta yang sepatutnya melaporkan diri  kepada Urusetia pertandingan Unduk  Ngadau Peringkat negeri mewakili daerah Banggi namun atas beberapa sebab tertentu terpaksa akur dengan apa yang berlaku.

Difahamkan tiada wakil daripada daerah Banggi dalam pertandingan Unduk Ngadau tahun ini selepas’konflik’ yang berlaku tidak dapat diselesaikan walaupun pihak-pihak yang berkenaan  sudah duduk bersama-sama untuk membincangkan hal berkenaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku berikut adalah tulisan asal dari pemenang Unduk Ngadau Daerah Banggi yang diumumkan pada hari pertandingan.

Kepada keluarga, penyokong dn daerah N1 Banggi sy x dpt meneruskan perjuangan sy ke KDCA oleh sebab sy menjadi mangsa keadaan yg melibatkn sikap yg tidak professional pihak penganjur daerah banggi dn bgi pihak yg x berpuas hati. Bagi sy keadaan seprti ini sy tdk boleh ddk diam kerana sy akn menuntut saman malu kepada pihak yg berkenaan dn sy akan menuntut pampasan kerna segala persediaan seperi sewa bju,makeup dn sebagainya sdh d buat.

  1. Adakah kertas keputusan juri itu sma pda hri pertandingn berlangsung dgn kertas keputusan juri yg d viralkn bhwa sy bukan la johan un N1 Banggi 2017? ADO N1 Banggi sdh menghubungi pihak KDCA bhwa sebarang keputusan selepas 24jm johan diumumkn keputusan tersebut adalah muktamad. Sy ada bersama2 ADO semasa beliau menghubungi pihak KDCA.
  2. Siapa yg mengviralkn keputusan “YANG BARU” itu sehinggakn menyebabkn pihak lain xpuas hati dgn gelaran yg sy perolehi? klu eya keputusan itu betul Kenapa tidak di umumkn pda hari itu juga? Dn kenapa juri,pengerusi un n1 banggi x perbetulkn keputusan itu serta merta?
  3. Pada 21/05/2017 adalah hari pertandingn berlaku. Dn pihak sy dn keluarga mendapat tahu keputusan itu x betul pada 25/05/2017 iaitu slh seorang ahli keluarga pesrta yg sebenarnya menjadi johan itu menghantar sms kpda sy dn membritahu perkara itu. Professional ka ini semua wahai penganjur n1 banggi?
  4. Penganjur mengatakan bahawa pada malam pengumuman tersebut juruacara (mc) sedang mabuk dn tersalah umum. Adakah juri & pihak pengajur itu juga sedang mabuk sehingga keputusan X perbtulkn pda hri itu juga?
  5. Sy diminta untuk dtg ke registration pda hri ini oleh ADO N1 Banggi krna menganggap prka ini sdh selesai kerana ADO N1 Banggi tlh memutuskn meneruskan tuk mengikut budi bicara pihak KDCA bhwa keputusan sebenar tdk boleh d ubah selepas 24jm. Tetapi kdca mengatakn laporan polis telah d buat oleh peserta yg sebenarnya menjadi johan kerana mungkin kerana peserta tersebut mahu menuntu hak dia seperti mana yg d katakn.
  6. Pada 26/05/2017 ADO N1 Banggi telah memberitahu peserta yg sebenarnya johan tersebut tuk menerima hakikat bahawa saya akan meneruskn perjuangan di KDCA. Tetapi apa yg d lakukan oleh peserta itu adalah membuat laporan polis dn megakibatkn saya tdk dapat meneruskn perjuangan sy ke kdca kerana pihak kdca tdk akn ambil keputusan tnpa pengakuan dari peserta tersebut bahawa dia memberi sy laluan tuk ke kdca. Sy x slhkn pihak kdca. Tetapi kenapa keputusan ADO N1 Banggi itu x d turuti? Adakh peserta itu berhak berbanding ADO N1 Banggi?
  7. Sekali lagi kami d pangil dn hal itu dbawah bincang bersma2 ajk kdca,sy dn keluarga dn peserta yg sebenarnya menjadi johan dn keluarga peserta. Ajk kdca mahu mendengar budi bicara peserta tersebut dn dia meneruskan niat dia untuk membatalkan penyertaan UN Banggi sekiranya bukan dia yg mewakili ke kdca. Namun ajk kdca mengatakn perkara tersebut mmg x akn brlaku kerana saya sebagai johan n1 banggi sdh d public kn dn org ramai sdh mengetahui. Dn pesrta tersebut mengatakn dia akan menuntut pampasan dan akan memberitahu kepada peserta yang turut menjadi mangsa untuk menuntut keadilan. Sy ada meminta budi bicara pesrta trsebut tuk benarkn sy meneruskn perjuangan saya ke kdca dn budi bicara sy itu xdpt d pertimbagkn oleh peserta tersebut. Oleh itu kdca memutuskn tuk membatalkn penyertaan banggi pada tahun ini
  8. Dengan itu sy terima keputusan kdca. Tetapi kdca mmg xkaitan lagsung dgn prkara ini. Mereka hnya la menjalankn tugas mereka. Dgn itu sy brhrp atas pengakuan sy ini tidak ada lgi cerita yg bukan2 d viralkn. Dn sy akan ambil tindakn atas apa yg berlaku. Terima kasih atas sokongan anda semua u all are the best supported!!

Yang Benar:
UNDUK NGADAU DAERAH BANGGI 2017

Peserta berkenaan berniat untuk membuat saman malu terhadap pihak-pihak yang berkaitan bagi menuntut pampasan kerana semua persiapan untuk bertanding ke peringkat negeri sudah dilakukannya.

Kepada pihak yang berkenaan diharapkan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dengan memberi penjelasan yang boleh diterima oleh semua pihak jika tidak ia bakal memberi kesan negatif samaada terhadap pertandingan ini mahupun semua pihak yang terlibat dalam penganjuran dan melaksanakan di peringkat daerah dan juga negeri.

Aduan daripada Pembaca Portal Suara Masyarakat Sabah

Baca juga:  NETIZEN Persoal Keputusan Unduk Ngadau 2016

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Discussion

  1. Hambran

    Biasa nya ada campur tangan dari pihak tertentu untuk kepentingan pribadi seseorang itu….
    Baju serta lain lain mahal jugak tu klu kira…
    Apa lagi kasi saman saja sama tu organizations

  2. kitty

    ya, ini tidak adil utk UN Banggi. Selain mendapat malu, kerugian masa dan perbelanjaan.

arrow