‘Valet Parking’ di KKIA ditamatkan serta merta

valet-parking.jpg

Valet Parking di KKIA

Kewujudan sistem ‘Valet Parking’ di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang menjadi perbualan hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu akhirnya diberhentikan operasinya.

Perkara berkenaan disahkan oleh ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe yang berkongsi perkara berkenaan di facebook miliknya malam tadi.

Menurut ADUN DAP itu, beliau telah dimaklumkan mengenai penamatan ‘Valet Parking’ itu melalui Dato Dollah iaitu wakil Malaysia Airport Berhad sekitar 8.14 malam.

Phoong (dua dari kanan) sekitar jam 6.30 petang telah berjumpa dengan pihak pengurusan lapangan terbang untuk berbincang tentang hal berkenaan dan pada jam 8.14 malam beliau dimaklumkan valet parkir diberhentikan serta merta

Menurut Phoong, mengenai masalah ‘Valet Parking’ saya memberitahu mereka bahawa pendirian saya adalah jelas dan tidak akan ada ruang untuk sebarang kompromi. Tempat letak kereta valet telah membawa kesulitan yang besar kepada orang ramai dan pengurusan lapangan terbang mesti mendengar suara rakyat dan menamatkan tempat letak kereta valet dengan segera.

“Perkara ini telah menjadi viral di laman Facebook dua hari yang lalu dan saya segera mengambil tindakan untuk menghubungi menteri. Saya gembira melihat perkara ini sudah selesai, ini adalah kuasa rakyat,” tulis Phoong di facebook miliknya.

Kenyataan Phoong Jin Zhe

Loading...
scroll to top