BELAJAR DARI BALINGIAN

Pemimpin BN Sabah harus belajar dari pemimpin Sarawak terutama ketua menteri barunya, Tan Seri Adenan Satem, bagaimana cara untuk memenangi hati dan menarik sokongan rakyat berbilang kaum dan agama di kawasan Balingian dan negeri Sarawak umumnya. Kemenangan besar di Balingian pada hakikatnya kemenangan pemimpin tempatan BN Sarawak.

Pemimpin Sarawak tidak umum gula-gula masa pilihan raya. Sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru, Adenan Satem terus mengeluarkan kenyataan mengenai status otonomi politik negeri Sarawak dan berjanji akan mempertahankan status-quo itu  Antara lain dia berkata,  hubungan antara Kerajaan Pusat dengan Sarawak tidak sama dengan hubungan antara Kerajaan Pusat dengan negeri Pahang.

“Sarawak mempunyai kedudukan istimewa kerana kita ‘partner’ dalam Malaysia”

Apa yang paling menarik ialah keberanian ditunjukkan pemimpin Sarawa itu, bila  berkata, Malaysia Agreement 1963 lebih tinggi darjatnya daripada Perlembagaan Persekutuan, walaupun ramai yang berpendapat Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dalam negara. Menurut Adenan, tiada satu pindaan boleh dilakukan keatas Akta Malaysia tanpa persetujuan Sabah dan Sarawak.

Dalam PRK Balingian, suara KM Sarawak lebih lantang, jelas dan meyakinkan penduduk tempatan daripada suara pemimpin pembangkang PKR yang berjanji untuk pulihkan otonomi Sarawak dan berjanji memberi royalti 20%.

“Pembangkang suka janji. Sekarang janji beri 20% royalti kalau perintah Putrajaya, bila? Empat tahun lagi baru ada pilihan raya parlimen. Ini Balingian bukan  Putrajaya. Kita di Sarawak tidak perlu tukar kerajaan di Putrajaya kerana kerajaan Sarawak minta kerajaan Persekutuan mempertimbang cadangan Sarawak untuk tambah royalti kepada 20%”

Kata Adenan Satem dalam satu ceramah di Balingian. Adakah pemimpin Sabah yang berani berucap seperti Adenan Satem.

KM Sarawak juga menyatakan orang Kristian di Sarawak bebas menggunakan kalimah Allah yang menjadi pertellingkahan di Semenanjung Malaysia. Sikap terbuka dan toleransi seperti ini lebih disenangi kaum bukan Islam. Sokongan pengundi Cina meningkat di Balingian.

Musli Oli

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top