Catatan 100 Hari, Jalan Teruss

Catatan-100-hari-jamawi-jaafar.jpg

ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar bertemu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melaporkan gerak kerja beliau untuk rakyat Kemabong sepanjang 100 hari

OLEH: Jamawi Jaafar

Hari ini sedar ndak sedar, sudah genap 100 hari saya di beri amanah pengundi Kemabong sebagai wakil mereka.. Ianya bukan satu kebanggaan untuk di raiikan tetapi amanah dan tanggungjawab yang besar..

Walau ada kata kata hinaan dan kutukan di peringkat awal apabila saya mengambil langkah hijrah untuk bersama sama “ Boss Lama” saya membentuk Kerajaan Negeri yang baru… saya laluinya dengan tabah dan sabar.. kerana saya yakin dan percaya semuanya adalah untuk rakyat yang saya wakili iaitu rakyat Kemabong.

Jalan teruss jadi tagline saya.. Pedulikan kata org.. Saya mau bantu rakyat Kemabong sebaiknya.

Saya pernah jatuh berkali kali dalam politik.. saya juga berpengalaman di dalam tirai besi, tidur di atas simin kongkrit dan berbantalkan lengan. Hati dan jiwa saya semakin kuat melalui semua cabaran dan dugaan.

Petang semalam 16 Ogos 2018, saya berkesempatan melaporkan gerak kerja dan usaha saya untuk rakyat Kemabong sepanjang 100 hari ini kepada YAB Ketua Menteri..

YAB Ketua Menteri menyokong segala usaha yang telah dilakukan dan akan sentiasa memberikan bantuan.

Saya akan lipat gandakan lagi usaha untuk membawa lebih banyak pembangunan kawasan DUN Kemabong dan akan meneruskan program bersama rakyat Kemabong tanpa ada protokol dan jurang pemisah..

Terima kasih kepada YAB Ketua Menteri atas teguran, bimbingan dan tunjuk ajar.. Saya amat memghargainya.. Kepada semua rakan politik saya… kita TATAP sahabat selamanya walau berbeza parti. Terima Kasih juga kepada semua rangkaian sahabat saya samada di alam maya atau media sosial yang sentiasa memberikan sokongan..

Untuk Rakyat Kemabong… Tegur dan Pimpin Saya Jika Saya Gagal Melaksanakan Amanah..

Saya Yang Melaksanakan Amanah

Jamawi Jaafar

Tulisan asal oleh Jamawi Jaafar Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong 
Loading...
scroll to top