DAP Benar dan "REAL" -Dyana

SMS NEWS PORTAL

Dyana Sofea

PETALING JAYA: Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lepas, Dyana Sofya Mohd Daud membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin, mengenai dakwaannya yang mengatakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak terpengaruh dengan ilusi yang dicipta DAP.

Menurut Dyana, isu ilusi seperti yang dinyatakan oleh Khairy itu tidak benar kerana DAP merupakan satu parti yang memberi banyak peluang kepada wanita muda.

“Sekiranya Khairy ingin mewujudkan tanggapan begitu hanya untuk memotivasikan ahli-ahli beliau sendiri itu terpulang kepada beliau. Tetapi penglibatan anak-anak muda dengan DAP adalah benar dan ‘real’ dan kami telah pun membuktikannya.

“Buktinya, 64 peratus daripada populasi kita bawah umur 40 tahun dan lebih kurang separuh darinya adalah wanita,” katanya kepada FMT.

Tambah Dyana, sudah tiba masanya untuk wanita muda yang mewakili ‘double minorities’ (wanita dan anak muda) untuk mewakili parti yang lebih baik. DAP telah menyahut cabaran ini.

“Sepatutnya kita harus terus menggalakkan penglibatan kaum wanita muda ini tidak kira dalam parti apa pun. Saya harap parti-parti lain juga mula melakukannya,” ujarnya.

Sebelum ini Khairy mengulas tindakan tiga wanita muda yang menyertai DAP yang sekaligus melengkapkan spektrum gadis Melayu dalam DAP bersempena forum ‘Evolusi Politik Anak Muda Malaysia: Dulu, Kini dan Akan Datang’ di Wisma PNS Petaling Jaya.

Sumber dipetik Free Malaysia Today

Musli Oli

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top