DJK diangkat “Huguan Siou Lundu Mirongod”

Huguan-Siou-Lundu-Mirongod.jpg

DITABALKAN.. Dr. Jeffrey G. Kitingan diangkat sebagai Huguan Siou Lundu Mirongod

Huguan Siou Lundu Mirongod

[dropcap style=”square” color=”#ff3a3a” font=”tahoma”]P[/dropcap]residen Parti STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan ditabalkan sebagai “Huguan Siou Lundu Mirongod” (Paramount Thinker) atau nama lain Panglima Bujang Berani dalam satu majlis upacara yang berlangsung pada 16 Disember (jumaat) lalu.

Upacara pertabalan tersebut dijalankan oleh OKK Aman Sirom, Ketua Bobolian Tindarama yang bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Bangkahak Lama, Kota Belud dekat sini.

Antara yang hadir dalam upacara tersebut adalah beberapa pemimpin Dayak Kalimantan, Perwakilan Majlis Adat Dayak Nasional (MADN), Dewan Adat Dayak (DAD), Dayak National Congress serta perwakilan-perwakilan Dayak dari Sarawak.

Difahamkan Dr. Jeffrey sebelum ini sudah tiga kali menolak tawaran untuk diangkat menjadi Lundu Mirongod kerana beliau bimbang gelaran itu mengundang salah faham. Walaubagaimanapun, setelah beliau diangkat menjadi presiden Borneo Dayak Forum (BDF) pada tahun 2010, barulah beliau menerima tawaran tersebut.

Kebimbangan tersebut benar-benar berlaku kerana sebelum ini masyarakat Sabah hanya mengetahui satu gelaran ‘Huguan Siou’ yang diberikan kepada abang kandungnya Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sedikit perkongsian yang dipetik di media sosial yang menjelaskan perbezaan antara dua gelaran tersebut;


Jikalau abang Dr. Jeffrey Kitingan, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan diangkat menjadi Paramount Leader “Huguan Siou” untuk kaum Dusunic dan Murutic di North Borneo, Dr. Jeffery pula diangkat sebagai Paramount Thinker atau “Huguan Siou Lundu Mirongod”.

Huguan Siou merupakan suatu gelaran untuk seorang pemimpin perang pada zaman dahulu kala, yang pada saat ini diberikan konotasi baru sebagai gelaran untuk pemimpin utama suatu Etnik.

Gelar Huguan Siou itu diberikan oleh suku Dusun Tangara (Kadazan) kepada Tan Sri Joseph Pairin pada tahun 1984 sementara gelaran Lundu Mirongod pula diberikan kepada Jeffery Kitingan oleh suku Dusun Tindal dari Kota Belud.

Dalam bahasa Dusun dialek Tindal, Lundu Mirongod merupakan gelar yang memiliki erti “Pemikir Agung” atau “Pemimpin Berwawasan”. Dalam dialek Dusun Bundu-Liwan pula gelaran itu dikenali dgn istilah “Lundu Pulanu.”

Gelaran Lundu Mirongod diberikan kepada Dr. Jeffrey kerana pencapaian beliau dalam beberapa bidang anataranya sehingga hari ini menyumbang kepada kesedaran intelektual masyarakat Sabah terutama dalam sosio-politik .

Gelaran Lundu Mirongod bertujuan untuk mengangkat seorang individu yang paling berjaya dalam bidang intelektual sebagai simbol utama sekaligus contoh bagi masyarakat Peribumi Borneo yang memiliki pencapaian intelektual tertinggi.

ADUN Bingkor, Dr Jeffrey Kitingan yang berkelulusan PHD dari Harvard University adalah orang yang paling sesuai diberikan gelaran tersebut.

Perbezaan antara kedua-dua gelaran yang diberikan oleh dua suku yang berbeza membuktikan tidak timbul isu ‘huguan’ mana yang lebih berkuasa – Suara Masyarakat Sabah

Loading...
scroll to top