KELUAR MALAYSIA IDEA BODOH – Adenan Satem

SMS News Portal

Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem

MIRI: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menganggap cadangan untuk Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah cadangan bodoh.

Katanya selepas  51 tahun pembentukan  Malaysia, adalah amat malang masih ada lagi orang yang membuat cadangan seperti itu.

“Kumpulan yang mencetus idea ini adalah golongan  minoriti. Mereka membawa idea bodoh sedangkan  majoriti rakyat mahu kekal bersama Malaysia”.

“Selepas 51 tahun merdeka dalam Malaysia, rakyat telah membangun, mempunyai keyakinan diri. berbangga dengan negeri dan bebas daripada penjajahan” katanya sempena perayaan 51 tahun Hari Malaysia peringkat nasional, di Dataran Kipas, semalam.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib juga turut hadir dalam perayaan itu.

Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara tetamu kehormat yang turut bersama dalam majlis tersebut.

Loading...
Musli Oli

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

scroll to top