Menang Majoriti dua pertiga?

Saya tertarik dengan pandangan yang mengatakan BN mampu menang majoriti dua pertiga jika berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang – UMNO/BN, Pakatan Harapan dan PAS.

Pada dua pilihanraya sebelum ini, 2008 dan 2013, pakatan pembangkang telah berjaya menafikan kemenangan dua pertiga BN. Pada PRU 2013, pembangkang memperolehi popular votes melebihi 51% dengan menawan lebih banyak kerusi-kerusi Cina tetapi masih gagal menarik sokongan majoriti undi Melayu dengan pertambahan kerusi UMNO. 

Saya kerap berhujah, jika berlaku perubahan politik di Malaysia, ia mesti dilakukan orang Melayu bukan orang Cina, India, Kadazan atau Iban. Tetapi pada PRU 2013, sungguhpun telah ada kerjasama PAS dan PKR namun dua parti Melayu itu gagal menggerakkan tsunami Melayu untuk menjatuhkan UMNO/BN.

PAS mempunyai alasan tersendiri enggan berkerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan.  Pemilihan Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan memperkukuhkan lagi alasan PAS untuk berada diluar dan bertanding sebagai kuasa ketiga dalam PRU nanti.

Sudah tentu PAS masih berpengaruh dikalangan orang Melayu terutama di Selangor, Kedah, dan Perak – negeri-negeri yang menjadi sasaran Pakatan. Jika pengaruh PAS dapat mengatasi PPBM, tidak mustahil BN akan menang tapi barangkali bukan majoriti dua pertiga….

Loading...

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

Leave a Reply

arrow