Pembentukan Negara Bangsa Yang Gagal

Musli-Oli-Penganalisis-Politik.jpg

Musli Oli.. sebagai panel dalam bual bicara politik yang disiarkan secara langsung di Bernama TV

[dropcap style=”square” color=”#f4276b” bgcolor=”#f7f7f7″]P[/dropcap]unca utama konsep “Negara Bangsa” Gagal bukan semata-mata kerana kepelbagaian bangsa dan agama tetapi juga kerana kepelbagaian pemahaman tentang sejarah negara.

Rakyat Sabah dan Sarawak percaya 16 September 1963 adalah hari bersejarah dan hari yang penting kerana ia hari kelahiran sebuah “negara baru” bila [highlight bgcolor=”#fcf5a9″]Sarawak, North Borneo, Singapura dan Federation of Malaya bergabung mem”bentuk” Malaysia.[/highlight]

Sebaliknya rakyat dari tanah besar Semenanjung termasuk para pemimpinnya percaya Malaysia tertubuh pada 31 Ogos 1957.  Pada tarikh itu Federation of Malaya tertubuh dan merdeka.

Mereka percaya pada 16 September 1963, sekadar tarikh biasa bila tiga negeri baru menyertai 11 negeri dalam Federation of Malaya. Sehingga sekarang Sabah dan Sarawak dianggap “masuk” Malaysia setelah nama Federation of Malaya kemudian diubah menjadi Federation of MALAYSIA.

Sebab itu selama 48 tahun, HARI MALAYSIA tidak pernah disambut secara rasmi sebagai hari penting dalam sejarah negara.

Malah hingga ke hari ini, walaupun tarikh 16 September telah diistihar sebagai cuti umum seluruh negara sejak tahun 2009, namun sambutan Hari Malaysia tidak pernah disambut di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia tetapi di raikan secara bergilir di bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak sahaja.

Selamat menyambut HARI MALAYSIA yang ke 53.

Loading...
scroll to top