PEMIMPIN ORDE BARU – RAHMAN DAHLAN VS DARREL LEIKING?

Pertanyaan seorang kawan, dia pernah jadi Ketua Pemuda UMNO Pahang “Saya minta pandangan saudara Musli sebagai seorang penulis buku dan penganalisis politik..bukan sebagai penyokong parti pembangkang. Soalan saya senang sahaja.
Kenapa Dato Rahman Dahlan terus jadi menteri penuh? Apa yang istimewa dengan dia, sedangkan ramai lagi senior MP dari Sabah. Datuk Ghaffur, Bung, Ronald Kiandee, Jusli Ajirol. Malah Datuk Azizah Dun yang dilantik timbalan menteri lebih senior kerana pernah jadi MP Beaufort.”
Suasana restoran Nagas agak meriah petang ini. Di sebelah meja, sedang berdebat satu kumpulan yang mendakwa diri mereka pejuang-pejuang UMNO. Ada puak yang mempertahan Najib kekal sebagai presiden. Satu puak lagi mahu Najib berundur. Dua nama yang kerap disebut, Ku Li dan Tan Sri Muhyiddin. Ada juga yang bergurau sebut nama Ali Rustam.
Sahabat saya, Zaharin Sang Kelembai tak ada petang ini. Kabarnya dia ke London bercuti. Jika dia ada tentu lebih hangat lagi sessi dewan petang ini. Penyokong-penyokong tegar Ku Li belum ada, biasanya mereka akan berkumpul sekitar jam 5 petang.
“Dato Rahman Dahlan bukannya orang istimewa, tetapi orang yang bijak mengambil kesempatan yang tersedia depan matanya” Saya mulakan hujah.
Rahman dianggap gam atau pengerat hubungnan antara pemimpin Sabah dan pemimpin Persekutuan. Dia punya hubungan rapat dengan Tan Sri Hishamuddin, KJ dan tentu sekali PM. Dalam masa yang sama, hubungan amat baik dengan Ketua Menteri Sabah. Di ketika Datuk Musa Aman dalam krisis kepimpinan, Rahman sentiasa mendampinginya menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
“Dalam politik, loyalty amat penting Bro. Kita bijak mana pun, tapi kalau tak setia, ada saja cara untuk singkir kita” saya hujah.
Selepas PRU 2008, diketika BN dan UMNO gawat, Rahman Dahlan main peranan utama dalam BNBBC. Menjawab setiap serangan pembangkang, bukan saja dalam dewan rakyat, media perdana, malah begitu aktif melalui lama sosial. Sehingga ada yang gelar beliau sebagai menteri di Twitterjaya.
Dia pakar dalam marketting politik. Mungkin kerana pengalaman sebagai pelajar di Amerika Syarikat atau ada kaitan dengan kelulusannya. Saya tak pasti, tapi yang jelas dia berjaya buktikan bahawa dia boleh diberi tanggungjawab dalam mengurus krisis.
Perlantikannya sebagai Setiausaha Barisan Nasional Sabah adalah satu ‘quantum leaps’ dalam pendakian politik beliau.
Saya menghormati Dato Rahman sebagai seorang pemimpin yang gentleman kerana dia setuju untuk berdebat dengan saya di Kota Kinabalu. Kerana dia gentleman, saya hadir dalam banyak program anjuran MP Kota Belud itu termasuk Majlis Perkawinan Beramai-ramai di Dewan Masyarakat Kota Belud beberapa minggu sebelum PRU. Saya hadir sebagai rakyat biasa walaupun saya adalah anggota MPN parti PKR.
“Jadi, apakah Rahman Dahlan bakal Ketua Menteri Sabah?” Soalan itu tiba-tiba diajukan seorang kawan lagi.
“Saya rasa kemungkinan itu kita tidak boleh tolak. 5 tahun dari sekarang, Musa Aman dah melebihi 60 tahun. Begitu juga dengan Datuk Dr Salleh Said, Datuk Hajiji, Datuk Yahaya Husin, Datuk Masidi Manjun. Semua dah melebihi umur Rasulullah S.A.W pada PRU 14..”
Namun, saya rasakan Rahman perlu ada kedudukan dalam parti untuk memperkukuh kedudukannya dalam politik. Barangkali UMNO Tuaran akan memberi laluan kepada beliau bertanding sebgai Timbalan Ketua Bahagian. Terserah kepada Datuk Aliasgar Hj Basri.
Di pihak parti pembangkang pulak, kepimpinan yang bakal menerajui PKR saya rasa ialah YB Darrel Leiking……ikuti sambungan esok.
Seorang kawan tanya saya, “Saya tahu saudara penyokong PKR, tapi saya minta pandangan saudara sebagai seorang pengamat politik, mengenai Dato Rahman Dahlan? Kenapa dia begitu cepat naik? Selain Datuk Ghafur, Datuk Bung, Ronald Kiandee, dan Jusli yang sudah 4 penggal sebagai MP, ramai lagi yang lebih senior dari Sabah termasuk Datuk Azizah Dun yang pernah jadi MP sebelum ini. Tapi kenapa Rahman?”
Suasana restoran Nagas petang ini agak sibuk. Di meja sebelah, kawan-kawan dari UMNO sedang hangat berdebat dan berhujah tentang siapa yang layak menentang Najib sebagai presiden UMNO. Dua nama yang kerap keluar dari mulut mereka. Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh. Jika ada Datuk Rahim Husin atau Datuk Kamal Amir tentulah mereka sokong Ku Li..
“Rahman Dahlan bijak dalam marketting politik” saya beri jawapan yang  ringkas. Hubungan baik dengan Datuk Hishamuddin, KJ dan Najib belum cukup dalam pendakian jawatan seseorang jika dia tidak berkebolehan.  Saya melihat Rahman seorang yang bijak mengambil kesempatan di ketika BN dan UMNO dalam keadaan gawat selepas PRU 2008. Dalam menghadapi serangan sengit daripada parti pembangkang, Rahman telah berjaya mengisi tempat yang kosong. Bukan sahaja sebagai Back Bencer BN  yang pro aktif, dia juga main peranan utama sebagai Cyber Trooper, secara aktif berinteraksi dengan rakyat terutama orang muda melalui Twitter dan FB.
Rahman Dahlan main peranan besar di Sabah sebagai Setiausaha Barisan Nasional Negeri. Kenapa dia Kepercayaan yang diberikan Datuk Musa Aman bukan t muncul tiba-tiba. Dato Rahman pernah berkhidmat sebagai Ketua Setpol KM Sabah dan dia telah membuktikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada  Musa Aman. Faktor kesetiaan itu amat penting dalam politik.
Loading...
Musli Oli

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

scroll to top