Penyelewengan Dana Awam 1.5 Bilion Pendakwaan Terpilih ?

Tohmahan: “Penangkapan Naib Presiden Parti Warisan Sabah Peter Anthony merupakan petunjuk jelas bagaimana Putrajaya menggunakan “pendakwaan berpilih” untuk menjatuhkan pesaing politiknya”_Datuk Shafie Apdal, Borneo Today, 8 Oktober 2017.

Jawapan:

Mendapatkan keadilan dan kebenaran untuk rakyat sabah adalah lebih utama berbanding mempersoalkan pihak mana yang melakukan kesalahan dan mempertahankan individu tertentu.

Sabah, negeri kedua terbesar dalam Malaysia mempunyai banyak kawasan luar bandar yang memerlukan pembangunan infrastruktur asas bekalan air, elektrik dan jalanraya dan semestinya jumlah peruntukan besar untuk tujuan tersebut.

Malangnya banyak kawasan luar bandar di Sabah mempunyai tiang elektrik tanpa kabel, paip air tanpa air dan jalan perhubungan luar bandar yang dibina ala kadar. Lebih malang lagi apabila peruntukkan yang ada tidak disalurkan dengan betul sehingga tidak memberi kebaikan dan manfaat kepada kumpulan sasar.

Dalam tempoh enam tahun yang lalu (2009-2015), sejumlah RM7.5 bilion telah diperuntukkan untuk projek luar bandar di Sabah, namun RM1.5 bilion (dipercayai daripada dana yang diperuntukkan untuk projek pembangunan luar bandar) daripada jumlah tersebut didakwa diselewengkan dan sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

RM1.5 bilion jumlah yang sangat besar, sepatutnya dapat memberi banyak manfaat pembangunan kepada ramai penduduk di luar bandar dan golongan miskin negeri Sabah.

Tindakan SPRM membuka siasatan terhadap kes tersebut amat tepat. Selain membawa pelaku ke muka pengadilan, lebih dari itu, SPRM sebenarnya membantu rakyat Sabah mendapatkan keadilan dan kebenaran terhadap penyelewengan berbilion ringgit yang sepatutnya menjadi hak mereka melalui peruntukkan projek-projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Oleh itu, seluruh rakyat Sabah yang sayangkan negeri tercinta ini perlu menyokong usaha murni SPRM tanpa mengira latar belakang politik demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah kerana siasatan SPRM tidak mengambilkira fahaman politik seseorang.

Artikel Sumbangan Pembaca

Berita mengenai Penyelewengan Dana Awam di Sabah :

Loading...
scroll to top