POLISI SATU NEGARA SATU HARGA PERLU – RAHMAN DAHLAN

SMS NEWS PORTAL
Perbezaan harga Sabah dan Sarawak adalah Tidak Wajar – Rahman Dahlan

WAWANCARA EKSLUSIF dengan Menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan, Dato Abdul Rahman Dahlan di Magellan Sutera Resorts pada Ahad, tanggal 25 Januari 2015. Banyak perkara kami bincang dari hati ke hati yang menyentuh semua isu termasuk hubungan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Saya petik beberapa isu penting untuk tatapan pembaca.

Pertama dalam Soal perbezaan harga antara Sabah dan Semenanjung Malaysia. Ahli Parlimen Kota Belud itu setuju perbezaan harga adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku dalam sebuah negara dan merupakan halangan kepada pembangunan industry dan kilang di negeri itu.

 “Jika pengilang terpaksa membayar kos raw material 30% lebih mahal di Sabah, bagus buat di Kulim”.

“Apakah ini kerana Cabotage Policy?” Saya tanya.

Rahman Dahlan berkata, menyalahkan Cabotage Policy hanya convenience excuse. Ia bukan sebab utama kenapa berlaku perbezaan harga.

“Saya tahu sebab saya terlibat dalam perniagaan shipping  sebagai  Pengerusi Yayasan Sabah Shipping. Cabotage Policy kita lebih liberal berbanding dengan polisi di Indoneisa dan Korea Selatan yang lebih ketat dasar mereka. Bukan sahaja kapal mesti daftar di negara mereka, malah crew kapal mesti rakyat dari negara mereka. Di Korea, Kapal mesti dibuat di Korea. Begitu juga di Amerika. Kerajaan perlu lindungi industry yang penting ini. Tapi saya tahu ini bukan sebabnya”.

Soal perbezaan harga antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, pernah dia cakap dalam  kabinet. Katanya, apa yang kerajaan Pusat perlu buat ialah polisi satu negara satu harga”. Kalau dulu kerajaan boleh ubah masa, boleh samakan waktu. Tutup mata, waktu sudah sama antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Untuk samakan harga, hanya perlu satu tandatangan persetujuan membuat polisi 1Malaysia 1Harga. Tutup mata, semua harga mesti sama. Esok harga satu kampit beras atau satu kampit simen di Sabah sebagai contoh sama dengan harga di Semenanjung. Macamana itu boleh di lakukan, terpulang kepada pengilang dan pengeluar untuk mengagihkan kos pengangkutan tersebut.

Dia  memberi satu contoh yang mudah difahami. Jika sebuah kilang  di Johor, katalah kilang mee Maggi. Harga sebungkus di Johor Baharu, katalah seringgit, harga yang  sama  di Kota Baharu. Kenapa harga sama sedangkan ada kos pengangkutan untuk mengangkut barang itu ke Kelantan?. Begitu juga harga di Perlis. Ada kos pengangkutan. Sepatutnya orang Johor Baharu tidak perlu bayar seringgit kerana tiada kos pengangkutan. Kilang di sebelah rumah mereka sahaja.

Sepatutnya harga seringgit itu tidak adil kepada pengguna di Johor, kerana mereka tiada kos pengangkutan, sepatutnya harga yang mereka bayar kurang dari seringgit, misalnya 70 sen. Maknanya kos pengangkutan telah diagihkan pihak pengilang dengan meletakkan harga lebih mahal di Johor untuk subsidise kos pengangkutan kepada pengguna di Kelantan dan Perlis.

[quote font=”georgia” color=”#000000″ bgcolor=”#efef00″]“Kenapa logik seperti ini tidak kita lanjutkan  ke Sabah. Kenapa rakyat Sabah tidak boleh bayar harga yang sama dengan rakyat Semenanjung. Kenapa seramai  26 juta pengguna di Semenanjung tidak boleh membayar 10 sen atau 20 sen lebih  sedikit untuk subsidise kos pengangkutan seramai 3 juta pengguna di Sabah untuk samakan harga?”[/quote]

“Ada menteri kata, itu tidak adil kepada orang Semenanjung. Saya jawap, you took our oil, tapi dalam masa yang sama agihkan kos dan bebanan harga semua kami tanggung? Itu adil?”

Nada suara Dato Rahman agak tegas. Menurutnya, peruntukan 500-600 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan yang di umum Datuk Ismail Sabri (menteri KPDNKK masa itu) untuk subsidise kos pengangkutan di Sabah tidak berkesan untuk atasi masalah harga. Dalam masa sama ada tempat-tempat seperti Pensiangan, bantuan itu tidak sampai.

SMS NEWS PORTAL
TEMUBUAL EKSLUSIF PADA AHAD

“Saya beritahu Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri) pada masa itu, jumlah 500 juta itu banyak, berapa banyak sekolah kita boleh buat di Sabah, begitu juga hospital atau university. Ini  lebih berfaedah kepada rakyat dalam jangka panjang, daripada beri 500 juta, BR1M dan lain-lain. Kerajaan Pusat jadi seperti Santa Claus tapi masalah rakyat Sabah berlanjutan.”

Menurutnya lagi,  kerajaan Pusat harus faham, mereka dapat bina MRT, LRT dan infrastruktur yang moden di seluruh Semenanjung Malaysia kerana sebahagiannya daripada hasil minyak Sabah. Jika benar-benar mahu Sabah at par dengan Semenanjung Malaysia, kerajaan Pusat mestilah sedia lakukan KONSEP WIN-WIN, supaya politik cantik dan dalam masa sama dapat melaksanakan economics justice kepada rakyat dan negeri Sabah.

“we share the wealth, we share the oil, but the pains kenapa pulak kita tanggung sendiri?. Tanya Rahman.

Bersambung Di Sini [button link=”http://suarasabah.com/2015/01/polisi-satu-negara-satu-harga-perlu-rahman-dahlan/”]PART 2[/button]

Loading...
arrow