SIGNIFIKANNYA HARI MALAYSIA KEPADA SABAH DAN SARAWAK

Esok, kita akan menyambut Hari Malaysia atau biasa dipanggil MALAYSIA DAY. Tanggal 16 September 1963 adalah satu detik sejarah penting namun kepimpinan Pusat mengambil masa 48 tahun sejak untuk iktiraf tarikh bersejarah empat buah negara yang baru merdeka bergabung membentuk sebuah negara baru yang dikenali sebagai MALAYSIA.

Tarikh 16 September diistihar sebagai hari Malaysia dan cuti umum nasional pada tahun 2009 setelah Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dengan mengetahui latarbelakang penubuhan Malaysia, saya berharap bukan sahaja rakyat Malaysia secara umumnya memahami sejarah tetapi  pemimpin Pusat juga  dapat refresh ingatan mereka mengenai perkara-perkara yang mereka terlepas pandang sehingga menimbulkan berbagai persepsi terhadap tindakan-tindakan kerajaan Pusat sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penduduk di Sabah dan Sarawak. Sehingga ada desakan untuk kedua-dua negeri itu keluar daripada Persekutuan.

Ahli akademik Profesor James  Chin  berpendapat terdapat kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk keluar daripada Persekutuan.

sms NEWS PORTAL
Bendera Negeri Sabah, Lim BVy

Chin berkata demikian dalam satu forum bertajuk Ke Arah Sistem Pilihan Raya Yang Lebih Adil anjuran Majlis Peguam, pada Februari yang lalu.

Secara umumnya memang kedengaran suara-suara yang kurang berpuas hati dengan kerajaan Pusat, seolah-olah kerajaan Pusat melakukan dasar peminggiran sosio-ekonomi terhadap Sabah dan Sarawak. Keadaan jalan raya yang masih taraf jalan kampong, infrastruktur terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.  Di Sabah terutamanya,  penduduk tempatan begitu bimbang dengan kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) yang hampir mengatasi jumlah penduduk asal negeri itu.

Terbaru ialah kebimbangan tentang GST yang akan dikuat kuasa pada 2015. Apakah GST akan menghapuskan kuasa kerajaan negeri mengenakan cukai jualan dan levi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Malaysia Agreement?

Harus diingat dalam Perkara 96 hingga 112, Perlembagaan Persekutuan, diperjelaskan bahawa sumber pendapatan tambahan telah diperuntukkan kepada Sabah termasuklah duti import dan duti eksais atas bahan-bahan petreoleum serta duti terhadap kayu kayan dan hasil hutan. Bagaimanapun selepas  Akta Pembangunan Petroleum 1974, kerajaan negeri Sabah telah kehilangan hasil daripada petroleum setelah Kerajaan Persekutuan memindahkan hak milik dari negeri kepada Petronas.

Kerajaan negeri telah diperuntukan bayaran tunai atau wang ehsan sebanyak 5% daripada sumber petroleum ini. Perjanjian PDA 1974 telah menyebabkan kerajaan negeri Sabah kehilangan sumber pendapatan yang signifikan. Pembayaran 5% kepada kerajaan negeri ini bukan sesuatu yang berkekalan kerana kerajaan Pusat pernah menarik balik pembayaran royalty kepada Kerajaan Terengganu selepas  perubahan pemerintahan di negeri itu pada PRU 1999.

Bila parti PBS yang memerintah negeri Sabah keluar dari BN dan menyertai gabungan parti pembangkang pada tahun 1990, kerajaan Pusat tidak menarik wang ehsan minyak kepada Sabah tetapi mengurangkan peruntukkan pembangunan untuk negeri itu. Selama 4 tahun sehingga  pilihan raya negeri 1994, kerajaan negeri dinafikan haknya mendapat dana pembangunan daripada kerajaan Persekutuan. Dana itu disalurkan kepada JPPS (Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah) iaitu satu dana politik untuk parti Umno di Sabah.

Pengenalan GST,  akan  memburukkan lagi  keadaan berikutan kos sara hidup secara purata 30% lebih tinggi di Sabah berbanding negeri-negeri lain dalam Malaysia. Perlaksanaan GST sudah tentu akan meningkatkan lagi kos sara hidup tersebut. Barangkali Kerajaan Pusat boleh mempertimbangkan untuk  melaksana janji memberi  40% rebate daripada jumlah cukai yang dibayar kepada negeri Sabah( rebate on the amount of taxes payable) seperti terkandung dalam Jadual  Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Rebate itu secara beransur-ansur telah dimansuhkan pada tahun penilaian 1974.

Bolehkah janji-janji dan syarat-syarat itu dipenuhi kerajaan pusat tanpa menukar pemerintah diperingkat Pusat? Jika pemimpin kerajaan Pusat mempunyai keikhlasan dan political will untuk memenuhi janji yang telah dimeterai pada penubuhan Malaysia tahun 1963, sudah tentu kerajaan BN masih dapat kepercayaan dari Sabah dan Sarawak. Persoalannya bersediakah pemimpin  Pusat memenuhi tuntutan Sabah dan Sarawak seperti parti parti pembangkang yang berjanji untuk menunaikan syarat-syarat perjanjian Malaysia dan  menghormati Perkara 20 dan Perkara 18?

Pada PRU 2013, parti Pakatan Rakyat  memperkenalkan manifesto yang lebih menarik khusus kepada penduduk Sabah dan Sarawak. Melalui Buku Jingga, Pakatan Rakyat berjanji untuk menambahkan royalty minyak daripada 5% kepada 20%. Perlu diingatkan, negeri Sabah dan Sarawak adalah penyumbang terbesar minyak petroleum dan gas asli yang merupakan 46% daripada pendapatan negara.

PR juga berjanji untuk mengkaji semula syarat-syarat dalam Malaysia Agreement 1963 yang tidak dipatuhi kerajaan Pusat. Disamping berjanji untuk mansuhkan dasar-dasar yang tidak menguntungkan  kepada kedua buah negeri itu, seperti Cabotage Policy dan dasar percukaian dan sebagainya.  Parti Barisan Nasional juga mengeluarkan manisfesto untuk menyaingi Buku Jingga dengan berjanji untuk memberi royalty lebih daripada 20% dalam bentuk dana pembangunan dan lain-lain.

Pada pilihan raya parlimen 1990, parti PBS yang memerintah negeri Sabah keluar dari BN dan menyertai parti pembangkang APU dengan slogan “Sabah for Sabahans”. PBS paling lantang bercakap soal Perkara 20 dan otonomi Sabah serta syarat-syarat Malaysia Agreement 1963 dan APU dibawah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah sedia memenuhi tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak. Terbukti PBS mendapat sokongan dengan menang 14 daripada 20 kerusi parlimen negeri Sabah.

Tetapi kenapa PR tidak mendapat sokongan daripada majority penduduk Sabah dan Sarawak? Kenapa majority  Penduduk Sabah dan Sarawak masih memilih BN?  Barangkali rakyat Sabah dan Sarawak masih memberi masa dan peluang kepada BN untuk melaksana janji-janjinya kepada negeri yang dianggapnya sebagai fixed deposit.

Sabah dan Sarawak telah menyelamatkan kerajaan BN sekali lagi selepas melakukan dengan cemerlang pada  PRU 2008. Kehilangan majority dua pertiga dalam dewan rakyat membawa rahmat dan hikmah kepada kedua negeri  Jika dibandingkan dengan lima perdana menteri terdahulu, kedua-dua negeri khususnya Sabah telah mendapat layanan lebih baik daripada Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.

Tetapi apakah PM Najib dan BN akan terus membiarkan desakan-desakan rakyat Sabah dan Sarawak termasuk desakan untuk keluar daripada Persekutuan?

Apakah ugutan untuk menangkap kumpulan-kumpulan yang mahu keluar Malaysia dapat menaikkan popularity dan sokongan kepada BN dan kerajaan?

Walaupun barangkali dari segi politik Najib tidak tidak dapat menandingi popularity Tun Mahathir Mohamad. Dari segi ketegasan, dia tidak dapat menandingi arwah bapanya Tun Razak dan Tun Hussien Onn. Dari segi  public relation gagal menandingi Tun Abdullah. Dan dari segi hubungan kaum  gagal menandingi Tunku Abdul Rahman.

Dibawah perdana menteri terdahulu, pemimpin Sabah tidak pernah bermimpi diberi jawatan kanan dalam cabinet seperti menteri KKLW, menteri kesejahteraan Bandar dan perumahan, dan menteri luar. Seblumnya  MP atau senator dari Sabah cuma dilantik sebagai menteri kehakiman, menteri JPM, menteri Wilayah Persekutuan dan menteri tanah dan koperasi. Jawatan-jawatan  yang tidak relevan untuk menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negeri itu.

Hari ini sejumlah 13 orang menteri cabinet mewakili Sabah dan Sarawak.

Loading...

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

Leave a Reply

arrow