Takkan Penduduk Membakut Tak Boleh Dibantu

Tohmahan: “Saya tidak cemburu Kuala Lumpur dibangunkan dengan peruntukan berbilion ringgit setiap tahun. Kita mahu Kuala Lumpur maju sesuai dengan statusnya sebagai ibu kota Malaysia. Tetapi dalam mereka membangunkan Kuala Lumpur jangan lupakan daerah Membakut, Takkan penduduk di Membakut ini tidak boleh dibantu”_Datuk Shafie Apdal, Bicara Presiden di Membakut, 23 September 2017.

Jawapan:

Kenyataan di atas seolah-olah menggambarkan kerajaan menganaktirikan daerah Membakut dan tiada apa-apa kemajuan mahupun pembangunan dibawa kerajaan ke daerah ini. Kenyataan-kenyataan sebegini adalah dusta kerana tiada kawasan atau daerah yang dipinggirkan atau dianaktirikan, semua dibantu agar sama-sama menikmati pembangunan.

Walaupun ada kalanya ia memakan masa untuk dilaksanakan, namun kerajaan tetap melaksanakan perubahan dan pembangunan secara berperingkat.

Pada 27 Mei 2012, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman telah mengumumkan Membakut menjadi Daerah Penuh (merangkumi Bongawan dan Kimanis). Beliau berkata kajian terperinci akan dibuat bagi merealisasikan hasrat tersebut kerana ianya melibatkan pensempadanan dua buah daerah lain iaitu daerah Beaufort dan Papar.

Ariffin Arif

Terkini (2017), Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ariffin Arif berkata, usaha berkenaan sudah memasuki fasa terakhir iaitu dalam proses teknikal dan sebaik selesai akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat di ketiga-tiga kawasan terbabit.

Hasrat penduduk di Kimanis, Bongawan dan Membakut untuk menyaksikan ketiga-tiga kawasan itu dinaik taraf sebagai sebuah daerah penuh akan menjadi realiti. Manakala nama untuk daerah baru ini akan dimuktamadkan sebaik saja segala proses berkaitan selesai.

Datuk Ariffin Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, berkata kawasan Membakut juga sudah bersedia untuk dijadikan pusat pentadbiran bagi daerah penuh itu kelak. Ia berikutan kedudukan lokasinya yang terletak di pertengahan antara Daerah Beaufort dan Papar serta wujudnya banyak insfrastuktur berkaitan serta pelbagai lagi kemudahan kerajaan yang lain.

Ketika ini, Membakut sudah mempunyai pejabat urus setia sendiri serta jabatan-jabatan kerajaan lain yang mampu menampung penempatan kakitangan apabila daerah baru ini wujud kelak.

Artikel Sumbangan Pembaca
Loading...
scroll to top