11 setinggan hangus di Keningau

KENINGAU:  Sebelas rumah setinggan di Jalan Lingkudau, Taman Berangi, Keningau hangus dijilat api dalam satu kebakaran, kira-kira pukul 7 malam pada sabtu.

Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Keningau, Yuszaimi Hairrul Azwan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.31 malam dan seramai 24 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain pada jam 9.37 malam.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 10.24 malam dan tiada kecederaan dan kematian mangsa dilaporkan.

Loading...
scroll to top