21 menara telekomunikasi dibina di Kudat, Pitas tahun ini

KUDAT: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membina 21 menara telekomunikasi bernilai RM50.4 juta di Kudat dan Pitas bagi meningkatkan akses liputan Internet di kawasan berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata 13 daripada menara berkenaan yang bernilai RM31.2 juta akan dibina di Pitas manakala lapan lagi menara bernilai RM19.2 juta akan dibina di Kudat.

“Kita akan laksanakan tahun ini. Tender telah pun diadakan dan kita akan muktamadkan tender tersebut.

“Dengan adanya pembinaan menara telekomunikasi ini, ia akan menambah liputan kemudahan Internet di kawasan ini kerana kawasan ini (menara) ialah kawasan yang tidak dapat ditembusi oleh kemudahan Internet,” katanya.

Salleh yang juga Bendahari Umno berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Barisan Nasional (BN) Kudat di sini pada Khamis.

Terdahulu Salleh turut merasmikan dewan terbuka Kampung Salimpodon Laut di Pitas.

Pengerusi Pesta Tahun Baru Cina (PTBC) 2018, Datuk Seri Ruddy Awah menyampaikan cenderakenangan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

Leave a Reply

arrow