3 Wanita Bersaudara Edar Dadah di Sandakan Dicekup

gambar-hiasan.jpg

Penagih muda 7 kali masuk lokap

SANDAKAN: Tiga bersaudara termasuk seorang kanak-kanak ditahan selepas dipercayai cuba mengedar dadah di Flat MPS Karamunting, di sini, Rabu lalu.

Ketiga-tiga suspek iaitu wanita warga asing berusia 37 tahun, remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun dan budak perempuan sembilan tahun yang tidak memiliki dokumen ditahan jam 5 petang susulan, intipan dilakukan sepasukan polis.

Dalam operasi itu, suspek wanita berusia 37 tahun menyerahkan plastik berwarna hitam berisi syabu kepada kanak-kanak berkenaan untuk mengaburi polis sebaik dihampiri.

Pemeriksaan polis selepas itu menemui ketulan hablur disyaki syabu dengan berat 1, 050 gram dianggarkan berjumlah RM70,000 dalam pasaran.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata ketiga-tiga suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga suspek berasal dari daerah lain dan datang ke sini dalam cubaan mengedar dadah.”Ia adalah rampasan terbesar tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, sebentar tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Azhar berkata, sehingga hari ini, tangkapan dadah di daerah ini membabitkan 26 orang dengan jumlah rampasan dadah sebanyak 1,208.6 gram.

Katanya, ia membabitkan 10 kertas siasatan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
scroll to top