4 Askar Cedera Trak Terjunam di Jalan LD-Kunak

Track-askar-di-jalan-lahad-datu-kunak.jpg

Trak Askar yang terjunam di Jalan Lahad Datu-Kunak

Kunak: Empat anggota tentera termasuk seorang wanita parah manakala dua cedera ringan selepas trak dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Ladang Sabahan Jalan Lahad Datu-Kunak, dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, empat anggota tentera yang parah dan dua cedera ringan kemudian dikejarkan ke Hospital Kunak menggunakan jentera Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dan dua ambulans.
Setakat ini, identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.43 tengah hari tadi.

“Dua jentera dengan kekuatan 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak dikerah di lokasi kejadian dan didapati sebuah trak tentera terjunam ke dalam gaung.

“Pemeriksaan mendapati empat anggota tentera termasuk seorang wanita parah dan dua lagi hanya cedera ringan.

“Semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Operasi menyelamat turut dibantu anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Silam.

Loading...
scroll to top