40 pegawai SPRM buat serbuan serentak siasat Jabatan Perhutanan Sabah

40-pegawai-SPRM-buat-serbuan-serentak-siasat-Jabatan-Perhutanan-Sabah.jpg

Kes Rasuah Negeri Sabah

SPRM siasat Jabatan Perhutanan Sabah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan serentak di beberapa lokasi di Sabah semalam, bagi mengambil dokumen berkaitan siasatan kes rasuah membabitkan Jabatan Perhutanan negeri.

Sumber memberitahu, operasi yang disertai kira-kira 40 pegawai SPRM itu bermula jam 9.30 pagi di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Tambunan.

Baca Juga: 

Turut dirampas ialah dokumen di rumah seorang pegawai kanan jabatan berkenaan di Sandakan.

“Antara dokumen yang diambil dari rumah dan pejabat suspek ialah dokumen Jabatan Perhutanan serta dokumen kewangan syarikat yang sudah memperoleh projek daripada jabatan itu,” katanya, hari ini.

Datuk Seri Azam Baki,

Datuk Seri Azam Baki,

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa pegawai kanan di jabatan itu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Loading...
scroll to top